Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 23, 2008

Dasar PPSMI...

aku banyak baca dan dengar pasal dasar PPSMI nie... and secara kebetulan aku juga termasuk dalam dasar nie... erm... aku menulis nie sebab tertarik dengan artikel dalam blog laskar bangsa http://www.laskarbangsa.blogspot.com/. mulanya aku just nak comment jek pendapat aku kat situ... tapi terlalu panjang dan aku tak pasti bleh ke tak aku buat comment yg berjela tu disitu... so akhirnya aku decide nak tulis dalam blog aku and invite dia untuk baca jek kat blog aku nie... erm bukan bertujuan untuk membidas atau men"terasa" kan mana - mana pihak tapi just sebagai buah fikiran so kita bleh compare pro and kontra nya dasar nie...

kebanyakan cikgu2 kat sekolah aku, especially cikgu sains and math... dorang ni lebih suka kalo math and sains dipatah balik kan ke bahasa melayu... tapi bagi aku dan segelintir cikgu dari golongan minoriti ni, kami lebih suka math and sains dalam bahasa inggeris... bukan la sebab kami tak sokong bahasa ibunda tapi ada beberapa faktor lain...

sekarang manusia dihambat dengan kemajuan sains dan teknologi... disebabkan sains dan teknologi kita adalah beberapa tahun kebelakang berbanding negara maju kita kena la follow dorang... so sumber rujukan, pembelajaran awal sumer nya diambil dari negara mereka... yang bahasa pengantar nya adalam omputeh... jadi untuk sementara waktu sebelum kita establish atas kaki sendiri kita perlukan rujukan mereka...

sebab tu la pentingnya pendidikan asas sains dan matematik dalam bahasa inggeris... tak yah gi jauh2... just amik contoh diri sendiri... aku contohnya... anak zaman pertengahan... sebab apa aku katakan pertengahan... sebab zaman aku dan member2 aku, kami hidup dalam zaman yang bari nak terima kamajuan... so antara nak terima ngan tak nak...

sejak aku dari sekolah rendah, sekolah menengah, MRSM, sampai lah ke matrikulasi... aku disuapkan dengan term2 sains dan math dalam bahasa melayu...

aku mula kenal alat radas sains macam kaki retort, penunu bunsen, kelalang kon, dan mcm2 lagi pada masa tu... selain tu aku mula kenal jejari, diameter, isipadu, panjang, lebar dan semua term dalam subjek math dalam bahasa melayu... pada awalnya tak ada masalah...

tapi bila aku jejak kaki masuk universiti... masa tu Malaysia dah semakin maju... sains dan teknologi semakin berkembang... universiti2 mula mengadakan kuliah dalam bahasa inggeris... ada lecturer yang guna 100% bahasa inggeris... ada pulak yang guna 50-50... ada pulak yang kuliah bahasa melayu, soalan exam dan assignment dalam bahasa inggeris... ada pula sebaliknya... pendek kata masa tu bahasa inggeris dah mula menular...

bayangkanlah golongan kebanyakan mcm aku nie... yang datang dari latar belakang yang xeducated... mak ayah pun xtau ckp omputeh... punya lah payah aku nak hidup dengan kuliah2 dan buku2 rujukan dalam bahasa inggeris... kamus tu kemana2 kena bawa... nak buat assignment pun masalah bagi aku... macam budak2 baru belajar merangkak... tergagap2... itu blum lagi kalo kena buat presentation... mcm2 lagi kesusahan yang aku hadapi masa aku diuniversiti... kerana asas pendidikan aku dalam bahasa melayu dan bila pi universiti satu habuk pun aku xguna...

skang nie bila dasar PPSMI nie diwujudkan... aku sambut baik, sebab harapan aku... supaya anak2 murid aku nanti xmcm aku... dorg dah didedahkan lebih awal sekitar sekolah rendah... jadi mereka tak perlu lagi membawa kamus merata2 sseperti aku suatu waktu dulu...

cuma satu jek yang aku tak setuju dalam dasar PPSMI nie... dasar dia terlalu drastik... cepat sangat sebab tu prestasi pelajar merosot... kalau dasar nie dikaji dan dibahaskan terlebih dahulu dan djalankan secara berperingkat... pasti dasar ini akan berkesan... kalo dari segi bahasa pulak... sebenar nya pada aku bahasa melayu tak akan tergugat dengan dasar nie... sebab bahasa melayu ada cabang dia tersendiri... kesusasteraan melayu perlu diketengahkan dalam subjek bahasa melayu... isu bahasa dalam dasar nie pada aku bukan lah untuk memartabatkan bahasa sesiapa tetapi bahasa dalam dasar PPSMI nie cuma bahasa pengantar... BM ke BI ke sama sahaja...

terpulang lah pada yang lain... ada org xsuka dasar nie.. tapi aku sokong dasar nie dengan syarat dasar nie dikaji semula dan dibuat penambahbaikan... apa salah nya kan kalo kita boleh menguasai banyak bahasa...

p/s:sampai skang aku masih lagi mengelek kamus ke kelas... bahasa inggeris aku masih lagi ditahap sederhana walaupun aku dah belajar bahasa inggeris selama 20 tahun... hehehe...

No comments: