Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 25, 2008

Kerana Kalian... Aku Menjadi Manusia...

minggu2 akhir cuti akhir tahun 2008 ni aku habiskan dirumah abang dan kakak ipar ku di kuantan... bersama dengan mak aku... kami naik bus ekspress utama dari kangar datang sini... tujuan utamanya adalah untuk jaga kakak ipar aku yang baru bersalin... erm aku pulak saja menemankan mak aku... since dia susah nak naik turun bus selalu... biasa la org yang berumur...


bila aku kat sini... aku banyak habis kan masa untuk surf internet, habiskan projek power point aku untuk topik2 yg akan aku ajar, selain tu juga aku juga mula memperbanyakkan artikel2 aku dalam blog nie...


melihat zaman yg berubah nie banyak perkara lain juga turut berubah... aku nak fokus dalam post kali nie tentang didikan mak bapak aku... bila datang umah abang aku... aku tengok didikan yang dia dah bagi kat anak2 dia berbeza dengan apa yg di dapat dari mak and ayah aku... aku tak nak citer cara didikan dia pada anak2 dia, sebab tu hak dia tapi aku nak citer didikan mak ayah aku pada aku dan adik beradik... yang telah menjadikan kami manusia...


ayah aku... sorang yang tegas dan garang... tapi dia jarang tunjukkan kegarangannya sebab sifat dia yg xbanyak bercakap menjadikan kami lebih dengar cakap dia... bila ditegur sekali jek, kitorang terus diam... tapi disebalik ketegasan dan kegarangan dia... boleh dikatakan dia berhati lembut dan mudah tersentuh...


mak aku pulak... biasa la perempuan... banyak berleter dan bercakap... garang pun garang... pernah sekali aku dirotan... nanti aku citer dengan lebih detail... mak, sorang yg penyayang, selalu bahagi kasih sayang sama rata... tapi kami tak dimanjakan dengan berlebihan...


aku membesar dalam keadaan yg tak sama mcm org lain... aku membesar tanpa kawan, even abang dan kakak aku juga sudah besar... beza umur kami terlalu jauh... abang aku 10 tahun lebih tua manakala kakak aku pulak 8 tahun lebih tua dari aku...


kalau d tanya apakah permainan pertama aku? sebenarnya aku tidak ada jawapan untuk persoalan tu... sebab mak dan ayah aku tak pernah belikan aku mainan... kalau ada pun, sume nya adalah saki baki kakak dan abang aku dulu... aku membesar tanpa teddy bear atau pun barbie... yang aku ada cuma kucing, tanah2 dan pokok2 bunga disekeliling rumah aku... itulah mainan aku... tu pun seorang diri... mak aku akan make sure aku tak kemana2... asal aku hilang dari pandangan dia jek... mula lah dia mencari aku... pernah sekali aku ke rumah jiran yang terletak hanya beberapa meter dari rumah... baru sampai 5 minit, dah mula dengar suara mak aku panggil balik... persekitaran aku adalah tempat aku membesar...


masuk sekolah rendah je... pegi dan amik dari sekolah, datuk yang aku panggil "chiak" yang uruskan... pagi2 dah naik pelantar di belakang basikal tua dia... sampai darjah 2... darjah 3, bapak aku belikan aku basikal... hehehe aku ingat lagi jenama dia "BATMAN" warna merah... sebulan pertama berbasikal ke sekolah, aku diexcort oleh chiak... sebab tu masa chiak meninggal... aku betul2 teringat sangat kenangan berbasikal dengan dia...


lepas sebulan, aku mula bawa basikal sendiri ke sekolah... ayah dan mak aku dah warning awal2... basikal2 hanya digunakan untuk kesekolah dan ke rumah ngah ma untuk mengaji quraan... dan memang aku tak berani nak pegi tempat lain... sebab dah kena warning dari awal... masa mula2 masuk sekolah, ayah dan mak aku dah pesan, berkawan hanya disekolah, nombor telefon tak boleh bagi kawan dan kawan2 tak boleh datang rumah... aku memang tak berani buat apa yg dilarang, sebab aku dah penah kena rotan dengan mak aku sebab tak dengar cakap... sumer tu belarutan sampai aku darjah 6...


naik tingkatan 1, aku dapat ke SMK Derma, sekolah di pekan kangar, kira2 10 km dari rumah... pagi2 aku akan kayuh basikal "batman" aku tu ke simpang tiga jalan besar, lepas tu tunggu ayah aku kat situ, nanti ayah aku akan datang amik... sebelum aku register kat sekolah tu, abang aku dah warning... lepas sekolah mesti terus balik, tak boleh merayau ke tempat lain... aku ingat la ayat sound dia kat aku...


"kalo aku nampak ko bejalan pi tempat lain... siap la, aku tarik telinga ko balik umah"


dan aku memang ingat sampai skang ayat tu... masa di Derma, rutin aku sama jek, aku akan kuar rumah seawal 6.30 pagi, sampai sekolah 6.45 pagi... sebab gi dengan bapak aku... so cepat la... aku la orang pertama sampai ke sekolah... hehehe... disebabkan tu, aku diberikan kunci kelas oleh ketua kelas... tp yg best nyer, aku tak penah berpeluang untuk membuka pintu kelas tu sebab sorang pelajar lelaki kelas aku yang tinggal diasrama dah buka terlebih dahulu... dan penah sekali aku terserempak dengan dia membuka pintu kelas dalam keadaan bertuala sahaja... hahaha, gelak besar aku masa tu... shuuuu... dia tak tau aku nampak dia bertowel, kalo dia tau sure dia malu... kikiki...


bila balik sekolah, ayah aku yg kerja nya sebagai pemandu teksi siap monitor aku dari atas stesen teksi... stesen bus ditingkat bawah stesen teksi... jadi dia memang selalu monitor aku dari atas... mak aku pulak, dah siap tunggu kat umah... aku selalunya akan amik bus sekolah pukul 2.15 PM atau bus HBR pukul 2.30PM... selalunya aku akan amik bus 2.30PM sebab malas nak berebut bus sekolah pukul 2.15PM walaupun tambangnya separuh harga... amik bus pukul 2.30PM, aku akan sampai umah tepat pukul 3.15PM... mak aku dah siap tunggu... kadang2 kalo aku ada kelas tambahan mengejut... aku terpaksa balik naik bus pukul 3.15PM, so bila sampai umah lewat dari time yang sepatutnya, mak aku akan mulakan siasatan dia mcm polis menyoal siasat penjenayah...


tu la life aku selama 3 tahun di Derma... lepas Derma, aku masuk MRSM Beseri... masa aku register kat MRSM B tu, bapak aku, mak aku hantar aku... seminggu aku asyik menangis kat dalam tandas... masa dekat MRSM B, makanan disediakan dan kitorang boleh outing 2 minggu sekali... setiap kali outing, aku akan balik umah, kalo aku tak balik, mak bapak aku akan datang bawa makanan... tradisi tu dah jadi kebiasaan sampai lah aku keluar dari MRSM B tu... yang paling best, bila nak outing beli barang, aku akan telefon bapak, minta kebenaran dia dulu untuk outing ke kangar, aku takut nanti tetibe terserempak dia dekat kangar, nahas jek aku... and for sure bila aku bagitau jek aku nak outing, ayah aku akan datang amik dan bawa aku ke kangar, for sure kawan2 aku akan tumpang sekaki... lepas habis beli barang, bapak akan suruh aku jumpa dia kat stesen teksi... so dia akan hantar aku balik ke MRSM B...


terus terang aku cakap, aku tak penah keluar berjalan2 ke pekan kangar tu seorang diri sampai la sekarang nie... kalau aku keluar pun, mesti dengan mak dan ayah aku... paling tidak pun dengan adik aku... fakta paling best lagi... baju raya kami atau pakaian kami yg lain setiap tahun dibeli oleh ayah aku... setiap kali bapak bawak balik pakaian, aku terima jek, sampai la aku naik tingkatan 5, baru bapak aku stop beli baju raya atau baju kurung untuk kami... masa tu kakak aku dah mula keje, so dia yg akan belikan kami baju...


lepas jek spm, aku dapat sambung ke Matrikulasi di kolej teras timur, dungun,terengganu... bila berjauhan dengan famly, aku memang jadi kejutan budaya... mula la aku berjalan2 ke merata tempat... tapi aku tak berani sangat memanjangkan langkah aku, sebab aku takut diterjah oleh abang aku yang tinggal di kuantan... mana la tau, dia datang, tetibe aku tak dak... mati aku kena soal nanti...


lepas matrikulasi, aku dapat masuk UMS... universiti malaysia sabah... jauh nunnnn... tapi serius aku katakan didikan dan kawalan mak dan bapak tak buat aku lupa daratan... walaupun aku dikawal mcm dalam "penjara"... istilah yg diberikan oleh pelajar aku bila aku ceritakan bagaimana mak dan bapak menjaga aku... aku masih sedar diri... dan setiap tindakan yang aku buat, aku akan fikir kan mak dan bapak aku... sejauh mana aku pegi, aku akan tetap fikirkan nama baik mak dan bapak... aku hanya akan buat sesuatu perkara tu selagi tidak memburuk dan membusuk kan nama mak dan bapak...


dan sekarang aku sudah menjadi manusia berguna... walaupun belum capai tahap benar2 berjaya, tapi sekurang2 aku sudah menjadi manusia... bukan yang merempat dijalan, bukan yang menghabis harta mak dan bapak, dan bukan yang tidak berguna... aku sudah ada kerja yang baik dan tetap, aku sudah ada gaji yg boleh aku gunakan untuk kebaikan mak dan bapak aku...


Puan Paridah Osman dan Encik Ahmad Bin Mahamood... terima kasih banyak2... sebab kerana kalian... aku kini menjadi manusia...


No comments: