Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 31, 2008

Tugas Baru...

tahun baru maknanya aku akan menerima tugas baru... hari nie 31 Disember 2008... merupakan mesyuarat guru kali pertama... dan hari ni juga sekolah aku menerima seorang pengetua baru setelah hampir 8 bulan ketiadaan pengetua... hahaha... semua org takut nak masuk sekolah aku nie... ntah lah kenapa... Dayang Patimah Awang Nurudin... Semoga dia memberi sinar baru kepada pentadbiran sekolah... aku akan cuba selesaikan entri ni dalam masa tercepat sebab pukul 5.30 nanti aku kena amik bus untuk ke kuantan... ambil mak aku dan hantar ke rumah kakak aku di Shah Alam... sebenarnya mak aku nak balik kampung dari kuantan ke perlis, tapi aku kesian kat mak aku... bus dari ktn ke perlis semuanya malam... susah la... mak aku nak pi toilet sume... so aku pun minta kakak aku belikan tiket dari shah alam... at least siang... tak la teruk sangat... aku nak anta mak aku sampai perlis pun tak leh juga sebab aku kena bertugas di sekolah 3 Jan nie... so aku gi amik dia dan hantar dia g umah kakak aku...

oke... bact to the point aku buat entri nie... hari ni sumer guru dapat senarai tugas baru... Alhamdulillah nama aku tak la sebanyak tahun lepas tapi jawatan yg aku dapat lebih tinggi dari tahun lepas... huhuhu... mencabar rasa nya... tapi insyaAllah aku dah prepare awal2 lagi untuk semua yang bakal aku hadapi...

untuk 2008 nie aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi;

1. guru kimia tingkatan 6 bawah dan 6 atas
2. Guru sains tingkatan 3
3. Penyelaras Bilik Pengawas dan Makmal kimia
4.Setiausaha Hal Ehwal Murid (gila siotttt... aku tak tau apa tugas aku sebenarnya... tapi InsyaAllah aku akan belajar)
5. Guru pengawas (Alhamdulillah aku diberi kepercayaan lagi, aku akan cuba buat apa yg terbaik untuk mantapkan organisasi pengawas 2009)
6. Ketua Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah (hahaha... mcm mimpi pulak... ni pun tugas baru untuk aku... semoga aku sukses menjalankannya)
7. Guru penasihat rumah biru (warna kesukaan ku, semoga tahun nie rumah biru akan menang lagi...)
8. guru kelas 3 Bestari (Alhamdulillah, sebelum nie aku jadi guru kelas 3Harmoni... kelas yg akhir sekali... tapi 3 Bestari nie kira oke la... kelas ke 5)

begitulah senarai tugas aku untuk tahun hadapan... semoga aku suskes dalam menjalankan tugas ini dengan jaya nya... aku harap 2009 menjadi tahun kegemilangan aku... aku berazam untuk menjadi guru yang terbaik dan serba boleh...

aku terpanggil untuk share words pengetua baru aku... pesan dia pada kami tadi...

cikgu-cikgu perlu ada keghairahan untuk bekerja... barulah kita dapat bekerja dengan senang hati...

dan kata2 dia ada kebenarannya... aku harap aku akan selalu bersemangat mcm puan nik karimah... aku suka tengok dia sebab dia bersemangat dari awal tahun sampai akhir tahun... tanpa rasa jemu... semoga aku diberi semangat yg kuat mcm tu juga...

sempena tahun baru yg bakal menjelang nie... aku nak ucapakan selamat tahun baru pada semua yang membaca blog nie... semoga tahun nie lebih baik dari sebelum nya...

No comments: