Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 16, 2009

Authoritarian... Authoritative... Permissive...

Masa aku belajar subjek Psikologi Pendidikan kat u dulu... ada satu topik tajuk dia class management... dalam subjek tu aku di ajar tetang mcm mana nak handle kelas, mcm mana nak uruskan pelajar bermasalah... dan dalam topik last chapter tu adalah tentang 3 jenis guru... authoritarian, authoritative atau permissive...

authoritarian... guru yang hanya menggunakan pendapatnya sendiri... bersikap tertutup dan tidak mengambil pendapat dan buah fikiran pelajar2... menganggap semua teknik yang digunakan adalah sesuai dengan semua orang... sekiranya pelajarnya gagal dia akn menyalahkan pelajar tersebut... guru ini juga kurang kompromi dan bersikap serius di dalam kelas... pendek kata cikgu authoritarian nie adalah guru yang garang, tidak suka bersikap ramah dan bersifat autokratik atau tidak mahu mengambil tahu hal lain... sentiasa dengan pendapat dia sahaja...

authoritative pulak adalah guru yang kadang2 bersifat tegas dan kadang2 bersifat lembut... guru yang authoritative nie disukai pelajar... dia akan marah bila perlu sahaja... dan bersikap mengambil berat kepada pelajar2 nya... guru ini bersifat penyayang dan sangat tegas pada masa2 tertentu... sentiasa membandingkan pendapat dan pandangannya dengan pelajar2 nya...

dan Permissive adalah guru yang pasif... tidak mengambil tahu tentang kelas... dan kurang bijak menguruskan kelas... guru ini kadang kala tidak mampu mengawal kelas... guru ini selalu nya bersikap tidak ambil tahu dengan perkembangan pelajar serta tingkah laku pelajar... yang dia tahu hanyalah habis silibus dan kerjanya selesai...

lebih kurang la definesi nya secara tidak langsung... kalo nak definesi detail dan tepat kena buka buku psikologi pendidikan... huhuhu... dah lama aku tinggal... erm kenapa aku ceritakan hal 3 jenis guru nie kat entri nie? sebab nya aku nak tau aku nie jenis guru yang mana... antara authoritarian atau authoritative... permissive tu mustahil lah...

aku merasakan skang nie aku dah jadi cikgu yg authoritarian... aku dah jadi guru yang memntingkan diri sendiri... tak fikir pelajar aku... sebab tu aku kurang kasih sayang... sebab tu aku kurang amik berat hal mereka... walhal masa aku belajar topik nie dulu... bukan main lagi aku cakap aku tak jadi guru yang authoritarian...

Aku harap lepas nie aku akan bertukar sket2 dari authoritarian menjadi authoritative... huhuhu... semoga aku dapat menjadi guru yang berinspirasi dan mampu memberi inspirasi kepada pelajar2 aku...

2 comments:

Pewaris Reformasi said...

eh, now ngajar di Perlis ke KL? Confuse..

syahNURazni said...

sekarang mengajar di SMKGombak Setia... gombak... KL ler tu kan... hehehe