Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 14, 2009

Kebaikan atau Keburukan...

isnin lepas... waktu perhimpunan pagi... pihak sekolah menjemput ustaz Hanafi untuk bagi ceramah maal hijrah... aku terpanggil untuk mendengar dan muhasabah diri... dan aku insaf dengan kejahilan aku (semoga berpanjangan)... aku mula sedar yang hidup aku bukan hanya untuk diri aku dan keluarga aku semata mata... dulu ya... aku mempunyai pemikiran yang begitu... aku fikir cukup lah aku dan keluarga aku tenang dan bahagia... tapi bila aku dengar ceramah dia... ditambah dengan apa yang aku tau tentang kegiatan dia yang sanggup mati kerana menegakkan jalan Allah... aku jadi sedar apa ertinya "khalifah" di muka bumi Allah... mentadbir alam dan membawa manusia lain ke jalan kebaikan... besar peranan manusia sebenarnya di muka bumi Allah nie...

aku juga terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab sosial aku pada sahabat2 kita yang menderita di Israel... ya lah... aku dan kita semua bukan orang yang kuat sangat... tak termampu oleh kita nak pergi kesana dan berperang... tak mampu kita untuk menyalurkan bantuan kewangan yang banyak2 seperti dana2... tapi rasanya itu tidak menjadi penghalang untuk kita turut serta... bantulah dgn cara yang kita mampu... dan sekarang aku buat apa yang aku mampu... aku mula boikot produk israel dan amerika... walaupun bukan semua tapi aku cuba... ada sesetengah produk... memang kita tak mampu nak boikot... tapi aku cuba setakat mana yang aku mampu... sesetengah produk aku cuba gantikan dgn produk buatan Malaysia...

aku juga dah mula post kan gambar2 kat facebook aku tentang kekejaman israel dan amerika... dgn harapan mereka yang melihat gambar tu akan juga terpanggil untuk melakukan sesuatu untuk membantu sahabat2 kita nie dengan cara mereka sendiri... aku juga berusaha dengan berdoa kesejahteraan umat islam di Asia Barat... dan aku juga mendoakan semoga bangsa israel dan amerika ini dilaknat oleh Allah... semoga mereka dimasukkan kedalam neraka... semoga mereka diberi balasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan pada umat islam...

soal doa lah yang aku ingin ketengahkan... memang selama ini aku mendoakan bangsa israel dan amerika sebegitu... tapi sebelum balik tadi... aku terpanggil dan terfikir tentang sesuatu... selepas meeting road run... aku masuk kebilik 1000 cerita... mana lagi kalo bukan bilik persediaan PPSMI... masa aku masuk kak hunnah tengah bercerita tentang suami dia... aku yang masuk dipertengahan cerita... mula bertanya semula.. apa yang sedang mereka ceritakan... kak hunnah pun bercerita pada aku semula yang dia memdapat SMS dari kawannya... kandungan SMS tersebut adalah doa untuk kesejahteraan rakyat palestin dan semoga Allah melaknat bangsa israel dan amerika... jadi selepas membaca SMS tersebut dia pun mem"forward"kan kepada suaminya... dan suami nya membalas dengan bertanya... mengapa mendoakan semoga Allah melaknat bangsa israel dan amerika? bukankah mereka org kafir... bukan kan mereka tidak mengenal islam... bukankan mereka tidak tahu tentang islam... sewajarnya kita harus mendoakan mereka diberi hidayah kepada mereka... supaya mereka sedar tindakan mereka salah... sebab tu doa kita tidak dimakbulkan... sebab kita mendoakan keburukan orang lain... bukan kebaikan untuk dia...

aku terdiam... dan terfikir... ada kebenaran juga dalam perkataan suami kak hunnah tu... jadi doa yang bagaimana harus kita doakan kepada bangsa israel dan amerika nie... akhirnya aku memutuskan untuk menukar doa ku selepas nie kepada yang di syorkan oleh suami kak hunnah... bukan kerana aku "pencacai" yang hanya mengikut sahaja... tapi kerana aku sedar bahawa itu adalah untuk kebaikan semua...

aku teringat kisah nabi yang pergi berdakwah di taif... dan dakwah dia tidak diterima malahan dia dimaki hamun, dicaci dan dibaling dengan batu hingga luka seluruh badannya... dan masa tu malaikat datang dan menawarkan diri untuk menghancurkan penduduk taif... tapi nabi tidak mendoakan keburukan kepada mereka... nabi tak doa semoga Allah melaknat penduduk taif... tapi nabi berdoa semoga penduduk taif diberi petunjuk kejalan Allah kerana mereka tidak tahu... mereka tidak tahu bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah dan Allah itu maha Berkuasa...

bukan ker kita perlu mencontohi Rasulullah...

kadang2 kita mengaku bahawa Allah ada yang maha Berkuasa dan Nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH...
kadang2 kita mengaku diri kita islam sejati... tapi tanpa kita sedari kita menidakkan apa yang telah dianjurkan oleh Allah yang maha Berkuasa... kdg2 juga perbuatan dan tutur kata kita bercanggah dengan tingkah laku Rasulullah...
jom kawan2 kita muhasabah diri... semoga kita menjadi muslimin dan muslimah sejati... yang kuat akar agamanya... hingga tidak akan tercabut lagi... yang kuat tiang agamanya... hingga tidak runtuh lagi... yang luas atap agamanya... hingga mampu memayungi kita hingga ke mahsyar... insyaAllah...

No comments: