Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 20, 2009

Kisah Aku, Dia dan Dia...

Kisah 1

aku suka dia dah hampir 8 tahun... aku suka dia gila2... korang tak akan tau kalo korang tak masuk dalam hati aku... mula2 aku kawan jek ngan dia... dan dia dah sound aku awal2 supaya aku tak jatuh cinta dengan dia... aku pun mula2 tu cam relax jek... tak suka dia pun... lagipun dia nie bukan ler kategori taste aku... tapi lama kelamaan aku start suka dia... kuar gi mana2 otak aku syik fikir dia... bila aku jumpa benda best2 asyik fikir nak beli kat dia jek... aku tak penah jupe dia... tapi malang nya dia tak suka aku... huhuhu... penah la aku bagitau dia yang aku suka dia... tapi dia ckp dia tak suka aku... malah dia jauhkan diri dia dari aku... huhuhu... sampai skang nie... aku berusaha supaya frenship aku ngan dia oke balik... serius sampai skang nie aku still ada perasaan pada dia... tapi dah makin berkurang... sebab aku rasa aku ngan dia cam langit dan bumi... life kami different... aku terlalu konservatif, tak leh terima cara dia... so aku decide perasaan nie adalah mainan jiwa... bukan betul dan bukan abadi... cumaaaaaa... sampai sekarang aku tak tau cemana nak buang perasaan nie dari hati aku... cemana aku nak lupakan dia dari hati aku... cemana... tapi dalam masa yang sama frenship aku dengan dia still oke... tak nak la lose kawan hanya semata mata perasaan yang tak sampai kemana nie...

kisah 2

kisah nie masa aku kat u... aku kenal dia dari matrik lagi... tapi tak la close sangat walaupun kami satu PA... aku dah lupa la nama penuh untuk PA tue... erm bila aku tahun 4 kat u... kami mula close... close gila... bleh sembang, kuar mkn and hang out same2... tapi bukan berdua... but berlapan... tapi dalam frenship tue aku mula suka dia... dalam masa yang sama... kawan baik aku pun suka dia... bermain lah kami dengan perasaan... aku lah yang paling teruk sebab aku kuat jeles... hampir2 la jugak frenship kami nak putus... tapi kawan aku nie banyak sabar dan lelaki nie cool jek... serius aku cakap dia la lelaki yang aku leh share everything... dan dia memang memahami aku... tapi aku rasa aku ngan dia takat kawan jek... sebab aku ngan dia pun macam lagit dan bumi... jauh sangat... kalo dalam kisah satu dunia kami berbeza... tapi kali nie jiwa kami berbeza... aku memerlukan seseorang yang bleh bimbing aku ke jalan yang sebenarnya... sebenarnya aku menyesal perasaan nie timbul sebab aku ngan kawan aku hampir putus kawan sebab nie... alangkah baik nya kalo saat2 tu aku dapat kembalikan tanpa perasaan tu dalam hati...

kisah 3

aku kenal dia dalam internet... pertama kali aku kenal dia... aku rasa jiwa kami berbeza... sebab dia selalu bercerita hal2 yang berat dan berfalsafah... aku juga suka berfalsafah... tapi falsafah aku mudah difahami dan berkait dengan kehidupan... falsafah dia nie memang mendalam dan perlukan pentaksiran yang teliti... dan kadang2 aku buat tak tau jek apa yang dia cakapkan sebab aku tak faham dan aku kesian nak suruh dia ulang 4 - 5 kali... hehehe... tapi jiwa kami sama... aku nak apa yang dia nak... dia selalu cerita pada aku yang dia impikan sorang perempuan yang bleh bersama dia susah dan senang... dia juga nak seorang perempuan yang bleh berdiskusi dengan dia dan bertolak ansur dengan dia... dan ada lagi la permintaan dia... dan aku selalu menceritakan apa yang aku nak dari seorang lelaki pada dia... dan semua ciri tu ada pada dia... tapi serius aku katakan fikiran kami tak sama... aku tak bleh masuk kefikiran dia yang mendalam dan aku rasa dia tak boleh cetekkan fikiran dia kerana aku... lagipun tak penah pulak dia cakap ciri perempuan yang dia nak tu ada dalam diri aku... so aku putuskan untuk pendam perasaan nie sebab aku tau tak akan kemana mana...

kisah 1, kisah 2 dan kisah 3... aku tau mereka bertiga bukanlah yang ditakdirkan untuk aku... sebab sekarang aku dah belajar menerima takdir... dan belajar mengenali dia... dari pengamatan aku... jodoh datang dengan tidak disangka2... dan aku tau kalo banyak masalah memang bukan jodoh la namanya tu... cuma aku tertanya2 pada hati aku... kenapa susah sangat aku nak delete satu nama nie dari dalam hati ini? kenapa susah sangat nak buang dia dari fikiran... kadang2 aku terfikir cemana la kalo dia kawen dengan orang lain... apa akan jadi kat aku? gila ker? ntah ler...

doakan la aku yang terbaik dengan sesiapa sahaja... aku redha Ya Tuhan Ku...

No comments: