Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 28, 2009

Feels Bad... Very Bad...



hari nie aku bangun awal... pukul 4.30 pagi aku dah bangun... tapi tertido balik... then pukul 5.30 pagi aku bangun balik sebab wahib dah call suh aku bangun... aku terus bangun dan mandi... buat pertama kalinya dalam hidup aku mandi pukul 5.30 pagi... memang pelik dan ajaib la tue... nak nak ari sabtu nie...

pukul 6.30 pagi aku dah kuar rumah untuk ke sekolah... hari nie ada kawad pengakap peringkat unit antara daerah... pertama kali aku bersemangat sebab aku dah mula sayang pengakap dan aku dah sebab kali nie aku memang komited dengan derang... every day aku turun... sampai duit gaji aku pun belum sempat sentuh... hurm tapi aku tak kesah asalkan aku puas hati... hurm pagi tadi sumer dah complete... petang semalam keluar pi Campbell beli seluar uniform pengakap... ada 6 org yang tak dak uniform... habis la jugak RM200 duit aku... nasib baik dapat kutu kalo tak mati la aku tak makan... tak pun kena korek balik duit ASW aku... then pagi nie bila dah ready sumer kami pun bertolak pi SMK Hillcrest... hurm aku yang buat cabutan... lelaki kena turn ke 11 dari 12 pasukan dan perempuan kena turn ke 2 dari 8 pasukan... bila tanya urusetia cakap yang lelaki akan mula dulu dan bila lelaki habis perempuan pulak akan buat... aku pun mula setuju la sebab perempuan mcm kurang yakin dan perlu lebih masa untuk bertenang... then bila dah sampai masa untuk lelaki baru aku sedar bila pasukan lelaki tengah kawad pasukan perempuan akan menjalani pemeriksaan pakaian... bahaya tu sebab lelaki dan perempuan berkongsi alatan mcm scarf, wogel dan forage cap... hurm aku pun minta la budi bicara juri yang memeriksa pakaian supaya bagi masa sampai budak lelaki siap... Alhamdullillah dipermudahkan urusan... kalo tak mati la aku... huhuhu...

budak laki masuk gelanggang kawad pukul 11.30 pagi... masa tue aku memang tengok derang kawad dari mula sampai habis... memang oke cuma ada sedikit kecacatan la... musuh tradisi pelajar lelaki ada pasukan lelaki SMK Hillcrest.. selalunya kami akan dapat nombor 2 dan Hillcrest dapat no 1... tapi bila pergi peringkat daerah kami akan menang... entah mcm mana ntah derang punyer spesifikasi nie aku pun tak tau la...

aku memang dah ingatkan budak lelaki yang derang lepas kawad jer bila dah habis terus datang bagi barang2 pada perempuan pulak... dan memang aku terkejut dengan komitment derang... as soon jer as keluar dari gelanggang tu semua berlari dan bagi barang2 derang pada pengakap perempuan malahan siap tolong pakaikan lagi... aku memang kagum dengan tindakan derang... yes... my boy scout, you all memang dah tunjukkan yang terbaik... aku kagum... betul2 aku impress...

then bila tiba giliran pengakap perempuan masuk... aku memang tengokd dari awal sampai habis... banyak jugak gerakan mereka yang salah... masa tengah tengok derang berkawad, wahib datang dan tunjukkan markah pengakap lelaki kat aku... dia kata sekolah kami johan... masa tue aku sangat happy sebab pertama kalinya kami dapat beat Hillcrest... masa tue pengakap lelaki belum tahu dan kami memang plan tak nak bagitau... tapi aku memang ada janji dengan derang kalo derang kalah setiap seorang akan kena sepak ngan aku, ana dan wahib... sebab derang kalah bukan kerana mereka patut kalah tapi sebab main2... then bila aku dah tau result aku dah tak berenti tersenyum... aku tau budak2 aspek derang akan dapat no 2 mcm selalu maklum la hillcrest masuk... so aku biarkan saja... then bila sumer dah habis kawad sampai la ke majlis penyampaian hadiah... aku dah standby port baik punya untuk tangkap gambar sebab aku tau derang akan menang... pengakap perempuan pulak banyak saingan dan aku tak dapat keputusan terkini dari wahib...

then bila keputusan diumumkan, tempat ketiga dan tempat ke dua bukan derang, derang mcm frust... pastu bila umum SMKGS sebagai johan... derang bukan main terkejut dan happy... dan aku sempat merakamkan detik2 derang terima piala sorg satu... masa tue rasa sebab tuhan saja yang tau... masa jumpa pelajar lelaki, sumer happy, sumer kerumun aku dan menunjukkan pipi masing2... sumer cakap kalo cikgu nak sepak banyak kali pun tak pe kami dah tak terasa... pada aku tue kenangan yang paling manis sebab sejak aku bawak budak kawad dah 3 tahun, tak pernah budak kerumun aku untuk kongsi kejayaan derang ngan aku... nie pertama kali dan aku mesti tak kan lupa sampai bila2... kenangan tu sungguh manis bagi aku yang bukan cikgu favourite... huhuhu mcm dulu, masa 1st time bawak budak, derang menang pun aku tak berapa kena derang, tahun kedua plak derang menang tapi derang tak cari aku... lelaki cari zafri dan perempuan cari kak ana... tapi aku tak kesah sebab aku tau mereka2 inilah yang membantu aku untuk kemenangan nie... walaupun kat dalam hati nie nak la jugak dilayan mcm tue... hurm tapi tak pe lah as long as mereka berjaya... tapi kali nie aku merasai nya... terima kasih sebab bagi peluang untuk saya rasa sumer tue... dan mungkin untuk kali terakhir... saya bangga dengan kejayaan awak semua.

tapi kegembiraan tu tak sepenuhnya sebab pengakap perempuan gagal dapat apa2 nombor pun... sedih jugak aku... tengok kak ana dah diam... tapi aku nie memang jenis tak berperasaan... menang ker kalah ker aku steady jer...

pengakap lelaki meraikan kejayaan dan pengakap perempuan kekecewaan... hurm ntah la, kami cikgu2 duk ramai2 memujuk kak ana... aku tau dia frust... maklum la dia all out untuk pengakap perempuan... dia berusaha bersungguh2 untuk pengakap perempuan...

then bila balik sampai sekolah, aku pun bagi makan... kak rose bagi peluang kat kak ana untuk meluahkan perasaan... so aku bagi peluang derang mkn dulu then aku suh derang i solat zohor dan tunggu kami disurau... sampai jer disurau aku memang berniat nak diam jer tak mo ckp apa2... cukup la selama nie aku bercakap... aku memang nak bagi peluang pada kak ana dan wahib jer... then bila sumer dah berkumpul, aku pun mula la mukaddimah... aku ucap tahniah pada lelaki yang berjaya dan pada perempuan jangan sedih sebab mungkin ada hikmah disebalik sumer tue...

then aku ada cakap something, aku tak ingat la... kemudian zack, komanden lelaki cakap kat aku yang aku nie bukan buat apa pun dan aku just duduk jer dan derang yang penat berkawad... ni bukan pertama kali, tadi dalam bus pun dia ada cakap mcm tue... tapi aku tak amik kisah sangat... aku tau dia memang penat... dan kali nie pun aku senyum jer... dalam hati masa tue kosong... tak dak apa2... tapi tiba2 aku terasa something dalam hati... then aku cakap yg aku touching la dengan apa yg zack cakap... dan masa tue juga air mata aku jatuh... tak leh tahan... aku terus keluar dari surau tue...

masa tue kak ana ikut aku keluar... serius air mata nie memang keluar tanpa disuruh dan aku memang rasa nak menangis teresak2 cuma aku ingatkan diri yang aku tak leh menangis teruk depan derang... bila kak ana masuk zack pulak keluar... masa tu ya Allah, lagilah aku nak menangis... zack minta maaf dan dia kata dia tak berniat... hati aku masih rasa kecik hati dengan dia sampai sekarang... walaupun aku dah cuba pujuk diri aku supaya memafkan derang... tapi aku masih terasa dengan kata2 zack yg aku tak buat apa2...

dia tak tau apa yg aku dah buat... sebab dia tak penah amik tau... dia tak tau yang aku setiap petang turun ikut derang latihan... kehadiran aku tu mcm halimunan jer tak disedari, dia tak tau yang aku dah habiskan duit aku untuk cover makan derang dan beli uniform ahli yg tak lengkap uniform, dia tak tau yang aku penat berjalan dari satu kedai ke satu kedai sepanjang masjid jamek tu untuk cari tudung yang sama kaler dengan pelajar perempuan, dia tak tau yang air yang setiap petang dijamu kat derang tue adalah air dariduit aku sendiri bukan duit pengakap, dia tak tau yang aku tak hantar buku rekod sebab nak mengejar masa pi beli uniform derang yg tak lengkap tu dan akibatnyer ari isnin nie aku kena mengadap puan pengetua... dia tak pernah tau semua tue... dan aku tak pernah bagitau sebab sumer tue pada aku tanggungjawab aku... tapi bila kerja aku dipertikaikan, aku mula mengungkit...

dan daripada berniat nak senyap jer kat dalam surau tu sebab nak bagi peluang untuk kak ana dan wahib terus aku yang bersuara... sumer yang aku citer kat atas aku ungkit... nasib baik dok dalam surau, jadi syaitan tu tak banyak menggoda, tapi suara aku memang power la... tak dak control2 lagi...

lepas habis aku cakap kak rose pun sampai, kak rose pulak cuci derang... then lepas kak rose cuci, kak rose pun lepaskan pelajar perempuan balik... dan lepas tue dia lepaskan pelajar lelaki pulak... sumer datang dan mintak maaf kat aku... tapi aku tak sambut satu pun salam derang termasuk zack... mintak maaf semua pintu hati saya masa tue belum ready untuk maafkan awak semua... mungkin satu hari nanti saya akan maafkan awak semua bila hati saya dah terbuka... cuma doa saya semoga awak semua perjaya peringkat unit di seri kundang sabtu nie...

saya mungkin tak buat apa2 dan tak menyumbang apa2 untuk kejayaan saya... tapi saya doakan awak berjaya sampai ke peringkat negeri... minta maaf lah mungkin awak semua rasa saya nie cikgu yang tak cukup bagus untuk lead pasukan kawad awak... saya ingatkan saya dapat membantu rupanya saya hanya menambah beban awak semua jer... mintak maaf la... tapi saya nak ucapkan terima kasih sebab kenangan nie kenangan yang paling bermakna dalam hidup saya... saya tak akan lupakan... terima kasih banyak2 sebab realisasikan impian nie untuk saya...




2 comments:

kayrolldin said...

sabar kak. budak2 kot. mmg xnampak ape yg kite buat. biaselah...

kak, seri kundang tu skolah yg agak hebat dlm kawad. betul ke? sy pernah ikut program ngan dorg. dorg tu bleh tahan gak disiplinnyer..

syahNURazni said...

hurm betul tue... setiap kali pasukan pengakap anta team untuk lawan disana, kami hanya dapat no 2 jer... tak pernah juara... saya harap sangat kali nie juara... sebab tu akak seang membersihkan diri supaya akak betul2 ikhlas memaafkan derang.. takut pulak keberkatan tue hilang sebab akak berkecil hati dengan derang... tapi sampai saat nie akak masih sedih bila teringatkan sumer tue...