Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 10, 2009

Huhuhu Kecut Perutku... tapi Alhamdulillah

hari nie keputusan STPM keluar... dan 6 calon pertama yang aku ajar mengambil kimia tahun lepas... dian, suresh, stannley, menagah, kalai and narbatha... hurm aku terkejut gak bila students upper 6 tahun nie bagitau yang result dah keluar... hurm... aku biasa jer mula tu... tapi bila nampak Mr. Lee masuk pejabat... kecut perut aku seh... dan bila dia cakap 3 daripada 6 calon yang amik chemistry tu gagal aku bertambah la kecut perut... dan dalam kepala otak aku nie bermacam alasan yang aku dah fikirkan untuk aku bagi pada pengetua... huhuhu

kebetulan waktu pengetua nak umumkan keputusan STPM tu, aku free... so aku ikut la pi ke makmal kimia untuk dengar pengumuman tue... hurm... puan pengetua comparekan sumer subjek dengan percentage tahun lepas... untuk subjek sastera sumernya meningkat... 80%, 90% dan ada juga yang 100%... hurm bila masuk jer subjek sains... sumernya menurun... bila sampai part chemistry... puan pengetua cakap yang peratus chemistry tak berubah... tahun lepas 50% dan tahun nie pun 50%... hurm... masa tu aku bersyukur sangat... sebab sekurang2 nya peratus tak menurun... kalo tak lagi payah aku nak jawab... tapi harapan aku tahun nie STPM 2009 peratusnya akan meningkat... naik 5% pun jadi la... tapi risau juga sebab salah sorang pelajar 6atas sejahtera nie Shalamudeen mcm menunjukkan tak berminat nak belajar tapi masih datang sekolah... aku takut jugak... yang lain tu masih nampak la kerajinan dan kebolehan derang untuk dapat result yang baik...

tapi result 2009 dan kegagalan 3 orang pelajar nie aku admit... ada jugak la berpunca dari aku... satunya aku baru take over derang 6 bulan sebelum derang amik exam... duanya sebab aku tak dapat habiskan silibus sebelum derang amik exam... tiganya sebab aku masih baru dan masih merangkak2 untuk memahami konsep kimia yang aku perlu ajar kat derang dan maybe derang tak faham, empatnya sebab attitude mereka sendiri, kesungguhan dan keinginan mereka untuk belajar... dan ciri2 tu sekarang ada pada Shalamudeen... aku harap sangat Shalamudeen boleh ubah attitude dia secepat mungkin sebelum trlambat...

insyaAllah selagi aku diberi kepercayaan, aku akan berusaha dan buat sebaik mungkin... tapi andai satu hari nanti kepercayaan tu ditarik balik pun... aku redha dan aku terima seikhlas hati... sekurang2nya aku dapat pengalaman mengajar tingkatan 6... dan aku memang bertuah sebab bukan semua akan dapat peluang mcm aku dapat...

No comments: