Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 2, 2009

Seorang wanita India dan 2 org anaknya

ni kisah yang aku bawakan dari pengamatan aku semasa aku dalam bus U12 dari greenwood nak gi le pekeliling... sampai jer kat sentul seorang perempuan dan dua anak nya naik dan duduk di sebelah aku... bukan sebelah betul2 la tapi sebelah yang satu lagi... si ibu duduk mengadap aku... seorang anak nya yang lebih kurang darjah satu umur dia duduk didepan dia... dan seorang lagi anak dia pulak duduk disebelahnya...

bila bus tu jalan, si anak yang darjah satu pun mula bercerita pada mak nya tentang cikgu disekolah... tapi aku tak pasti la juga apa yang diceritakan sebab anaknya berbahasa Tamil campur omputeh... susah pulak aku nak tafsirkan... sebab lagipun aku masa tu tak amik port sangat...

tapi aku mula tertarik dengan perbualan anak beranak tu bila si ibu menegur anak dia... dalam bahasa inggeris la... hehehe... kata si ibu pada anak dia...

"you should not do that to your teacher..."

"teacher is one of the person that you should respect other that mother and father... because teacher teach you..."

terkejut aku mendengar teguran si ibu... berkali kali siibu mengulangi ayat yang sama... dan banyak lagi la yang siibu tu cakap...

respect and salute aku pada ibu nie... sebab dia mampu meletakkan diri dia pada tempat seorang guru... dia mampu menasihati anak dia supaya menghormati guru... berapa rama dalam masyarakat kita yang mampu buat macam tu? aku rasa tak ramai... dan boleh dikira... wahai ibu bapa dan bakal ibu bapa... aku nasihat kan kalian... dedahkan dan beritahulah pada anak2 siapa yang seharusnya mereka hormati dan ingatkan anak2 setiap masa... sebab mereka perlu dibentuk dan diingati setiap waktu...

2 comments:

khairul anuar said...

mase keje giant dulu, kalo customer melayu dtg nk beli brg, mesti tanya xde discount ker? bendera malaysia ni dpt free ke? (mase tu time merdeka)

customer india n cina, bendera ni berapa harga? bole beli banyak x?

melayu, biar je anak2 dorg usik kaunter cashier, usik cashier, amik plastik lebih...

india n cina, cpat je lepuk anak kalo buat kuang hajor!


hehehe

syahNURazni said...

sebab tu saya selalu lihat ajaran dan pendidikan akhlak yang dianjurkan islam ada dalam diri mereka yang bukan islam berbanding kita yang mengaku beragama islam...
kalo tengok mat and minah saleh... cara derang didik anak adalah sama mcm cara agama islam... tapi kita as islam nie jarang mengamalkan sumer tu... huhuhuhu kadang2 rasa malu pun ada...