Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 5, 2009

Syukur Pada Mu Tuhan...

4 April 2009... semalam... aku bawa pelajar aku ke SMK Sri Kundang... untuk pertama kalinya aku bawa mereka atas nama Pengurus Pasukan... hurm dan untuk pertama kalinya aku melangkah ke Sri Kundang... sebelum nie ada jer reason yang tidak membolehkan aku ke situ... dan hari nie pertama kali aku ke Sri Kundang...

masa dalam bus tue aku relax jer... sampai sana pun aku relax... tak dak feeling pun... hurm yang si Wahib and Kak Ana plak feeling pelik... ntah ape ntah perasaan derang aku pun tak paham... tak leh tengok budak2 nie la ape la... derang pi ke depan... tak duk ngan budak2 nie... maybe derang dah start nervous kot... aku time tue relax lagi... tapi dalam hati aku, aku dah kata... walau how hard kenyataan yang akan aku hadapi... aku tetap akan bersama dengan budak2 nie... walaupun cemana benci pun derang kat aku... aku tetap akan bersama derang... menang atau kalah... aku tetap akan bersama derang...

tapi perasaan aku mula bercampur baur bila derang kena panggil untuk pemeriksaan pakaian... huhuhu... aku dah mula nervous... aku dah mula ketaq... aku dah mula tak tentu arah... rasa nak menangis pun ada masa tue... huhuhu...

aku sebenarnya terharu bila tengok derang masa membetulkan pakaian sebelum pemeriksaan pakaian... sebab aku ada di situ aku tau hati mereka sudah menjadi "satu"... aku teringat mcm mana bila zack suruh aku pakaikan wogel dia... dan juga teringat bila syameer suruh aku tolong pakaian glove dia... andyka pun sama suruh aku pakaikan wogel dia... dan part paling aku tak tahan sekali bila tengok derang sama salaing bantu membantu membetulkan pakaian yang senget dan tak betul... aku teringat bila tengok zack dan syameer salang membetulkan wogel masing2... aku teringat bila tengok masing2 salaing membetulkan forage cap kawan2 derang... aku nampak syameer membetulkan wogel dan forage cap datu danial... dalam hati aku ingin menangis sebab aku berasa syukur pada Allah... hati-hati mereka telah disatukan walaupun tak semua... walaupun masih ada hati-hati yang masih tidak bersatu tapi aku syukur sebab kebanyakan hati mereka telah menjadi satu... aku bersyukur pada Mu Allah...

bila derang kena panggil untuk pemeriksaan pakaian... aku mula rasa nak menangis... aku mula rasa sebak... paling aku terharu sekali bila zack bagi arahan pada derang sumer untuk kanan lurus... dengan serentak nya kepala mereka terteleng ke tepi dan bila zack bagi arahan untuk pandang depan... pun dengan serentak derang pandang depan... masa tue hati aku bertambah sebak... tak terkata rasa nak menangis...

selepas selesai pemeriksaan pakaian... derang masuk dan aku mintak derang duduk... masa tue aku cakap kat derang yang aku bangga dengan derang sumer... aku kata lagi hati mereka sudah menjadi satu... jadi buktikan di gelanggang kawad bahawa benar hati mereka memang satu... dan aku jugak wish derang good luck dan aku maafkan serta halalkan sumernya... dan masa tue aku nampak derang kelegaan...

sebelum derang masuk untuk kawad... aku, wahib dan kak ana bagi derang tamparan "wake up" supaya mereka sedar... dan aku juga janji dengan derang... kalo derang menang aku akan belanja makan... dan kalo kalah derang akan kena sepak dengan aku, kak ana dan wahib...

selepas SMK Hillcrest habis berkawad, giliran SMKGS pulak... aku masa tue tak sanggup nak tengok... tak sanggup nak tengok derang buat salah sebenarnya... tak sanggup nak tengok sebab aku takut aku nampak kesalahan derang... tapi kak ana paksa aku tengok... dia kata nanti aku akan menyesal kalo aku tak tengok... so aku pun duduk dan tengok...

ada beberapa kesalahan kecil yang aku perasan... dan masa tue hati aku berdebar... berdebar sungguh2... bila derang dah habis kawad... masing2 menyalahkan org2 yang melakukan kesalahan... aku cuba tenangkan derang dengan menyuruh derang duduk diam diam dibelakang blok dan merasa angin yang bertiup... dan ambil angin... dan Alhamdulillah derang tenang... aku juga pesan dengan derang... yang sumernya sudah berlaku dan tak perlu nak salahkan sesiapa... mereka sudah cuba yang terbaik...

bila semua unit selesai membuat persembahan... kami pun dipanggil untuk majlis penyampaian hadiah... inilah part yang paling mendebarkan... bila sampai saja ke kategori komander terbaik untuk NGO Lelaki... dalam hati aku asyik sebut nama zack jer... dan Alhamdulillah memang Zack yang menang komander terbaik... masa tue air mata aku tak tertahan nak keluar... dan aku biarkan saja ia keluar tanda aku BANGGA dengan zack... dan sampai saat aku menulis blog nie aku masih mengalirkan air mata... aku benar2 bangga dengan dia... dan aku harap dia akan memimpin pasukan nya ke peringkat yang lebih tinggi... aim aku sekarang adalah peringkat kebangsaan... KEBANGSAAN...

keadaan masa tue semakin mendebarkan... tapi setiap kali nama gombak setia dipanggil... mereka menjeritkan gombak setia 3 kali... komander PKBM dan komander BOMBA juga dinobatkan sebagai komnder terbaik... dan bila diumumkan johan untuk kategori NGO Lelaki... Pengakap SMKGS... aku bertambah terharu dan gembira... air mata semakin laju menitis... dan semua mereka memandang aku dengan gembira nya... dan part yang paling best bila mereka menjerit 3 kali "terima kasih cikgu azni"... aku betul2 terharu... aku tak sangka mereka akan mencapai kemenangan untuk kali yang kedua... Alhamdulillah syukur Ya Allah... Syukur Pada Mu...

aku bangga dengan derang semua... aku betul2 bangga... huh memang aku bangga...

harapan aku kali nie... adalah kami dapat melayakkan diri ke peringkat kebangsaan... tapi yang penting adalah memecahkan rekod pengakap gombak setia yang terdahulu... kalo dulu dapat pergi negeri dan dapat nombor 3... kali nie aku mau derang beat ranking tue...

aku dan wahib serta kak ana dah susun strategi... kami akan menyerahkan sumernya pada zack dan syameer untuk uruskan... dan kami hanya akan pantau dan tegur bila ada kesalahan2 atau kekurangan yang tak dilihat oleh syameer dan zack... kali nie aku nak mereka bertanggungjawab pada pasukan mereka... bukan sekadar zack dan syameer... tapi juga semua ahli pasukan perlu bertanggungjawab pada pasukan mereka... sebab aku, kak ana dan wahib hanya sekadar pembantu... kami membantu... dan mereka yang bertanggungjawab sepenuhnya... aku juga ada beberapa pendekatan yang akan aku gunakan pada mereka... pendekatan2 tue aku rahsiakan dulu... dan nanti kalo berjaya... baru aku akan cerita... ini based on pemerhatian aku selama 2 minggu turun tengok derang berlatih mereka...

cuma satu jer yang aku nak sampaikan pada derang...
1. zack... tahniah sebab awak dah berjaya mencapai impian awak yang tak kesampaian masa di hillcrest hari tue... percayalah... ini semua hikmah... ada hikmah kenapa awak tak dapat komander terbaik di Hillcrest... sebab Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk awak... Komander terbaik di Sri Kundang... saya nampak senyuman manis awak dan saya nampak awak bangga dengan kejayaan tue... TAHNIAH!!!

2. syameer and ikhwan... saya yakin awak berdua juga bangga dengan apa yang awak semua dapat... TAHNIAH... inilah kenangan manis yang akan awak tinggalkan untuk tahun terakhir awak... TAHNIAH dan TERIMA KASIH sebab menunjukkan contoh terbaik kepada adik2...

3.team PPG-21 Lelaki... TAHNIAH... awak semua telah buktikan yang awak semua memang HEBAT... hati awak juga sudah menjadi SATU... saya benar2 BANGGA dengan awak semua...

4. Ucok, Haziq, Kusyairi, Muhda dan Azroy... terima kasih atas bantuan yang diberikan... terima kasih atas kesungguhan yang ditunjukkan... pintu PPG-21 terbuka untuk anda semua... jumpa di UMJ bulan mei ni...

5. dan untuk SEMUA PENGAKAP PPG-21 (LELAKI)... izinkan saya menumpang kegembiraan awak semua... walaupun saya tidak menyumbang apa2 untuk kejayaan anda semua... izinkan saya menumpang rasa gembira ini... dan saya doakan awak semua lebih berjaya pada masa akan datang... kejayaan nie buat aku lupa segalanya... termasuklah perasaan aku pada lelaki yang selama ini aku dambakan... Allah... manis sungguh kejayaan nie...

No comments: