Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru...

aku saja bosan2 google sajak guru oh guru oleh usman awang... tetibe bila jumpa dan baca... air mata aku mengalir... sedih dan terharu... sebab begitu mulianya pengorbanan seorang guru yang digambarkan dalam sajak beliau... tapi aku rasa kalo dia tengok attitude aku as seorang guru... pasti dia akan sedih... sebab aku belum layak dipanggil guru... aku tak dak apa yang sebenarnya yang melayakkan aku untuk menjadi guru...

aku tak dak sifat sabar dan kuat... aku tak dah sifat tue.. dan nyata aku masih belum berjaya menjadi guru...

malam nie gak aku teringat kisah cikgu2 aku dulu2... dari tadika sampai lah ke universiti... guru pertama aku adalah cikgu solehah... dalam masa yang sama ngah ma juga guru pertama aku... kalo cikgu solehah mengajar aku baca ABC dan 123... tapi ngah ma mengajar aku alif, ba dan ta... dan kerana ilmu yang disampaikan beliau aku berjaya kini... dan aku masih ingat dan tahu mcm mana membaca al-quran... Alhamdulillah... terima kasih ngah...

orang yang paling berkesan dalam mendidik aku adalah cikgu salma dan cikgu rahmah... 2 orang guru aku masa aku sekolah rendah... cikgu salma ajar aku math... and sampai sekarang aku masih ingat semua yang dia ajar dan sampai sekarang sifir yang aku hafal dengan dia masih dalam ingatan... dan kerana denda2 nya aku mampu mencongak darab dan bahagi... puan rahmah pulak ajar aku BI... aku still ingat dia ajar cemana nak ingat simile... dan sampai sekarang aku ingat formula yang dia ajar...

SELAMAT HARI GURU kepada sumer guru di Malaysia termasuk diri aku sendiri... terutamanya mereka2 yang pernah memberikan aku ilmu dan pengalaman hidup samada secara sengaja atau tidak... mereka yang pernah mendidik aku sehingga aku mampu menjadi manusia... sehingga aku kini menjadi insan berguna... SELAMAT HARI GURU...

Guru oh Guru - Usman Awang
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

2 comments:

kayrolldin said...

selamat hari guru...

hari tu sy nmpk ada sorg tu mcm muka akak. masa tu kat IYC, cheras.

syahNURazni said...

cheras?! hurm pelanduk 2 serupa tue... tak penah pi cheras... hehehehe...