Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 15, 2009

Dia Ibuku...

tajuk kat atas rasanya mcm tajuk sebuah filem dolu-dolu... kalo x silap lakonan noorkumalasari... hurm dan entri aku ari nie ada ler sikit2 menyentuh tentang itu...


aku ada seorang pelajar harapan... actually dia antara mereka2 yang aku harapkan menjadi yang terbaik... pelajar cemerlang akademik dan bersahsiah baik... dia seorang pengawas... tapi aku tak mengajar dia... aku cuma guru pengawas... dan aku harap biar la aku dapat create dia menjadi pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah...


alkisahnya bermula pagi ini... aku sebenarnya dah lama mendapat laporan bahawa dia selalu lambat turun bertugas... dan jarang memakai tai sewaktu bertugas... memakai tai dan melipat lengan baju adalah kesalahan mandatori bagi seorang pengawas... di sekolah aku la... hehehehe


pagi nie aku berkesempatan berjumpa dengan dia... so aku tanya dia, kenapa selalu lambat bertugas... then dia cakap dia ada masalah keluarga...


quite surprise dalam hati sebab so far dia yang aku kenal, mempunyai keluarga yang baik... dan gumbira...


dia ceritakan masalah dia pada aku... and dipendekkan cerita dia berkecil hati dengan mak dia, sebab mak dia menghalang dia untuk buat something yang dia suka...


aku nampak mata dia merah... aku tau dia sedih... tapi inilah pertama kali aku memberi nasihat dengan baik... aku rasa tentu mak dia jugak sedih... huhuhu


cuma harapan aku pada dia dan semua yang lain... ingatlah... mak, mama, ibu, umi, mummy atau apa jugak namanya... dialah yang mengandung dan melahirkan kita... kemana kita pergi, kita masih membawa darah yang sama dengannya... dan tidak ada mak, mama, ibu, umi, mummy atau siapa jugak namanya yang mahu melihat kita jatuh terduduk menyembah bumi dengan kegagalan... mereka hanya mahukan yang terbaik untuk kita... dan kadang2 kala mereka akan membuatkan kita rasa dikongkong hanya dengan tindakan mereka untuk kebaikan kita...


mak... kok nie sayang mak sangat2...

No comments: