Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 9, 2009

Life is full of surprise...

hurm hidup nih penuh dengan kejutan... tapi itulah yang membuatkan hidup nie bahagia dan gembira... bagi yang menerima kejutan, ada gembira, ada yang sedih, ada yang mungkin pengsan, ada yang relax and mcm2 expression... hurm... ada setengah nyer dah tau pun yang dia akan menerima kejutan, cuma tak tau apa dia...

hurm itulah yang berlaku... hurm tapi tadi aku rasa semua dah tau keadaan masing2... heheehe... dan aku tumpang berbangga... mesyuarat tadi aku rasa mcm langkah pertama kepada perubahan besar-besaran...

Pn Siti Ramlah, PK HEM aku dapat kenaikan memangku jawatan DG52 atas tiket tingkatan 6, dengan itu sekaligus dia tidak boleh memegang jawatan pentadbir selepas mendapat surat tawaran... aku rasa dia dah tau kejutan tue... dan aku rasa dia sangat gembira dengan apa yang dah dia tau... TAHNIAH Pn Siti... saya tumpang bangga... cuma sedih sebab dapat jadik SU HEM dengan Pn sekejap jek... tapi seronok la keje dengan Pn Siti Ramlah nih...

kejutan kedua adalah berita gembira kepada hampir 15 org guru yang mendapat anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)... hurm aku tumpang bangga dengan derang... huhuhu sedey ler nama aku tak dak... ahahahaha lawak jek... aku belum layak daaa... tak sah jawatan lagipun... tapi at least itu menjadi satu motivasi untuk aku terus bekerja dengan lebih baik... tahniah geng... jangan lupa belanja yer... hehehehe... and jangan lupa doakan aku dapat juga APC nih bila layak nanti...

kejutan ketiga adalah kenaikan dan surat tawaran untuk guru2 yang mengajar tingkatan 6... hurm ada ler beberapa org guru termasuk lah GKMP kemanusiaan, GKMP teknik dan vokasional, GKMP bahasa... hurm so maknanya mereka perlu melepaskan jawatan mereka sebagai GKMP... dan ada lah jugak beberapa org guru lain yang mengajar form 6... tapi nama aku tak dak!!!! huhuhu tak pe la... aku ni kan baru setahun jagung... mana la layak dapat sumer tue lagi... sekali lagi itu sebagai motivasi untuk menjadi lebih baik...

hurm cuma ada satu lagi kejutan yang aku nanti2 kan... siapakah akan menggantikan Pn Siti Ramlah sebagai PK HEM?!!! tertanya2 jugak... tapi aku harap org yang ada dalam kepala aku sekarang nie yang naik jadik PK HEM... hehehehe yang pasti org tue bukan aku lah... hahahaha... heharap dia ler... seronok bekerja dengan dia... dan aku harap dapat bekerja dengan dia...

and also post GKMP bahasa, kemanusiaan dan teknik vokasional... agak2 siapa yang layak yer?

No comments: