Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 6, 2009

Hidup Ini Kadang2 Pelik

Hidup nie kadang2 pelik… kadang2 oke, kadang2 tak oke… ker… aku jek yang rasa mcm tue? Entah ler… tapi yang pasti aku nak hidup aku selalu oke and selalu on track… walaupun kesan daripada kursus pengurusan stress tue mcm dah nak habis… huhuhuhu JPNS aku nak lagi pi kursus pengurusan stress tue… huhuhu…

Semalam aku follow budak2 upper 6 pi kemensah… hurm it’s a nice place… rupanya disebalik zoo Negara dan kemajuan lembah kelang nie masih ada perkampungan yang indah… air terjun, sungai… fuhhh memang mendamaikan… aku suka tempat nie…

Tapi ada cerita tak best disebaliknya… huhuhu… dan inilah yang ingin kuceritakan sebagai pedoman diri sendiri dan mereka2 yang akan melalui hidup nih… sebenarnya aku suka sangat bila budak2 nie cakap nak buat program motivasi… memang best gile… maybe org2 yang kenal ngan aku tau yang aku memang suka program2 motivasi and mikrofon… hahahahaha 2 benda yang bila aku dapat, aku tak boleh berhenti… hahahaha…

So, semalam aku ikut derang pegi untuk tengok tapak and bincang dengan owner and penyelaras tempat tue yg derang panggil “daddy”… hurm nice name… kuang kuang kuang…

Hurm sebelum pegi aku tanya derang pukul berapa nak jalan… tapi sorg pun tak dapat comfirmkan… hurm oke ler… maybe sebab ramai jadi susah untuk fixkan masa… tapi bila part kat kantin, aku diperakukan seperti tidak wujud… aku sudah mula terasa dan tidak sedap ati… dah mula rasa mcm tak nak pegi… dan mula rasa mcm xbest…

Mulanya aku plan nak bawak derang and then balik umah tinggal beg and laptop then terus pegi… tapi sebab tunggu lama and sebab ati dah rasa tak best… aku balik dulu, tinggalkan beg and laptop kat umah meninggalkan meraka yang dok tunggu kat depan pagar… hurm yang pastinya bukan tunggu aku…

Then aku datang balik ke sekolah walaupun ati aku rasa berat nak join derang… tapi nasib baik bila masuk kete tue… aku rasa kurang stress sebab mereka2 yang ada dalam kete aku tue adalah mereka2 yang lawak2… yang boleh buat aku gelak…

So then aku lupa sekejap keberatan ati aku… sampai jek kat sana, setelah melalui pengalaman pokok tumbang ditengah jalan, kambing2 berkeliaran seperti derang pun bayar cukai jalan, production house tengah buat shooting kat tepi jalan (hahahaha… tetibe haze aku glamer jap), and pengalaman jupe nasir wahab live sebab dia pun buat shooting…

Sampai kat sana kami disambut oleh “daddy” mereka… hurm aku dok imagine dia nie tua dan uban dah penuh… selayaknya daddy dipanggil untuk org sebegitu… tapi rupanya masih muda… dalam 30-40 an la… so kami diplacekan disatu tempat yang mcm kedai runcit org asli… hurm tapi yang bestnya adalah melihat air sungai yang mengalir sejuk sampai terasa ketulang temulang aku… hahahaha…

Sampai jek… keberatan ati aku datang balik… hurm entah ape ler petunjuknya… then perbincangan pun bermula… dan seperti yang dijangka… aku hanya menjadi makhluk beku dan kaku… sebab aku tak tau apa2 tentang program tue dan aku tak tau apa2 yang nak dicelah… rasanya kalo melekat kat lereng bukit tanah merah tue pun tak dak yang sedar kewujudan aku…
Tapi yang paling menstresskan adalah… bila aku ditanya oleh “daddy” mereka tue tentang beberapa perkara berkaitan program… hurm nak jawab apa? Aku tak tau apa-apa… kalo korang yang membaca dok kat tempat aku, ape korang rasa?

Kalo korang rasa mcm aku rasa, maksudnya kita sama… kalo korang tak rasa mcm aku rasa, maknanya aku ler yang kuat touching… huahuahua…

Tapi aku sangat terasa, sebab pelajar tue pelajar aku… dan org tue walaupun dipanggil “daddy” oleh mereka tetap org luar… boleh bayang org dalam tak tau apa2… org luar plak tau lebih…
Dalam hati aku mcm2 keluar… kadang2 aku rasa kecik ati sebab aku tak diberitahu apa2, walhal aku selalu tanya tentatif program dah siap ke? Ada tentatif tak? Kadang2 tue aku rasa mcm derang ajak aku pi sana sebab aku beria-ia sangat nak pi? Pendek kata derang kesian la kat aku sebab aku terhegeh-hegeh sangat nak pegi… kadang2 plak aku rasa mcm aku just driver derang jek… tukang bawak kete untuk bawak derang pi sana sini… huhuhu…

Sepanjang sesi soal jawab tue… aku memang cakap dalam ati yang aku nak bagitau ketidakpuasan ati aku pada derang lepas keluar dari kawasan tue… tapi seperti tadi juga, since yang berada dalam kete aku tue adalah yang menggembirakan… jadi aku terlupa sekejap…
Tapi sewaktu menghantar derang balik aku ada peluang bila seorang pelajar mengungkit dan meminta maaf atas apa yang berlaku… means derang sedar yang aku terasa seperti manusia yang tidak tau apa2…

Aku terima kemaafan itu, tapi demi menjaga hati aku rasa aku tak akan join program itu seperti yang dirancangkan… aku akan pegi dan aku akan balik malam… aku tetap akan pegi… Cuma demi menjaga hati…

Ingatan aku kepada diri sendiri dan semua yang membaca… jagalah hati mereka2 yang berada dekat dengan anda… selalunya kita akan cenderung untuk tidak menjaga hati mereka2 nie, sebab kita rasa mereka2 yg dekat dengan kita tak akan berasa kecil ati dengan tindakan kita…

2 comments:

Deebs said...

sabar ye ckg..biasa la 2..buah cempedak di luar pagar..

syahNURazni said...

hahahaha... sape suh tanam kat luar pagar... kat dalam pagar kan luas lagi...