Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 23, 2009

Pernah Tak Anda Terfikir...

kadang2 aku dok saja2 terfikir juga... dengan pencapaian yang dah aku capai nie... rupanya ada ramaiii yang menyumbang kepada kejayaan aku... hurm yer lah yang nyata tu memnag la kita ingat... mak ayah, guru-guru, kawan2... paling tidak pun kalo nak tambah lagi jiran2... tapi kadang2 kita lupa pada mereka yang memberi sumbangan-sumbangan kecil yang menyebabkan kita berjaya... ehems... bukan kita lah... aku... hehehehehe...

sape ek...

hurm kalo dalam idup aku banyak... tukang kebun, apek kedai runcit, mak cik kantin, driver bus, pak guard, dan ramai lagi... hurm tu baru manusia... ntah haiwan dan tumbuhan pun ada yang menyumbang kepada kejayaan aku...

kenapa aku kata mereka berjasa dan menyumbang pada kejayaan aku...

tukang kebun... kalo tak kerana dia dah membersihkan kawasan sekolah dan menyediakan persekitaran yang baik untuk aku... tak mungkin aku akan dapat belajar dengan baik...

apek kedai runcit... kalo tak kerana dia menjual barang2 keperluan pembelajaran aku mcm pen, pensel, pembaris... tak mungkin aku dapat belajar dengan sempurna

mak cik kamtin... kalo dia tak masak yang sedap2 dan bersih... tak mungkin aku akan dapat belajar dalam keadaan lapar...

driver bus... hurm kalo dia tak hantar aku pi sekolah... cemana aku nak belajar...

banyak sebenarnya orang yang kita lupa nak berterima kasih... dan ramai sebenarnya tanpa sedar membantu kita untuk mencapai tahap yang dah kita capai... so nasihat aku pada yang membaca entri ini ucapkanlah TERIMA KASIH bila masa yang ada... jangan di tangguh takut nanti tak sempat...

mcm aku sekarang... kalo nak ucap terima kasih pun aku dah tak ingat wajah mereka2 ini... tapi nasib baik setiap kali aku berurusan dengan mereka aku akan berterima kasih... hurm terima kasih semua...

No comments: