Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 6, 2009

Nasihat Aku Untuk Semua...

berat rasanya nak menulis hal2 yang begini sebab saya bukanlah ahli di dalam bidang ini... tapi tanggungjawab sebagai seorang muslim menuntut saya untuk menulis mengenainya...

pertamanya maaf andai nasihat ini nnt akan membuatkan anda2 yang membca tersinggung... mohon maaf dan mohon agar di muhasabahkan diri sekiranya kita tergolong dalam golongan yg akan disebutkan... muhasabah dan kembali kepangkal jalan...

saya tidak ingin menyentuh aspek global... hanya ingin menyentu aspek dan konteks yang kecil... dalam suasana sekolah... sesuai dengan peranan saya sebagai seorang guru...

dalam suasana sekarang, zaman yang semakin berubah dan kehidupan yang semakin dihambat dengan kemajuan teknologi... seringkali manusia melupakan agama... seringkali manusia membelakangkan agama...

persoalannya... tidak takutkan kita pada Allah? pergaulan bebas semakin berleluasa, maksiat semakin hebat, syirik semakin nyata... manusia menidakkan hukum dan menghalalkan yang haram... persoalannya tidak takutkan kita pada azab Allah? kalau diahkirat kita akan disoal dengan apa yang telah kita lakukan... tapi tidak takutkan kita sekiranya di azab di dunia lagi... sudahlah dunia pun kena... akhirat juga kita terkena...

lelaki perempuan bukan muhrim berpegangan tangan... tahukan anda itu adalah HARAM?! tahukan anda ada batasan yang perlu anda patuhi dalam kehidupan seorang manusia... saya rasa tiada agama yg menghalalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan... mengapa mesti melakukannya juga... tidak takutkan kita dengan azab Allah? masyaAllah... moga dijauhkan dari segala kemarahan Allah...

berpegangan tangan sahaja sudah HARAM dalam Islam, apatahlagi berpelukan... itu juga adalah HARAM melainkan anda sudah berkahwin... dimana rasa malu kita sebagai manusia... tidak malukan kita bila tindakan kita lebih dahsyat berbanding orang bukan Islam... dimana batasan2 yang memisahkan kita dengan agama lain... dimana akhlak dan budi pekerti terpuji seorang Islam... jangan lah kita menurunkan akhlak kita serendah-rendahnya... janganlah kita menjadi seorang yang sangat rendah maruahnya...

simpanlah perasaan dan rasa cinta anda hanya pada mereka yang berhak... jgnlah anda sia2kannya pada orang yang tidak sepatutnya... janganlah anda terlalu mudah memberikan hati dan diri anda pada sesiapa sahaja... janganlah menjadikan diri kita terlalu murah untuk dimiliki, disentuh dan dipeluk... saya masih teringat kata2 penolong kanan saya sewaktu di MRSM... "puteri jangan terlalu murah harga diri anda hingga boleh dibeli dengan nilai 3 seringgit, dan putera jangan erlalu murah harga diri anda sehingga boleh dibeli dengan nilai 4 seringgit"

Murahnya harga diri kita... hingga boleh dipegang pegang dan sebuat sesuka hati... INGAT!!! sekali anda memberi dengan mudah, maka anda akan selalu dia anggap MURAH...

satu perkara lagi yang saya ingin nasihatkan... lelaki dan perempuan yang berdua2an... yang ketiganya adalah syaitan... dan syaitan akan sentiasa menyesatkan umat manusia... walau apa pun tujuan anda... ingatlah MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA... berdua2an dengan tujuan berbincang tentang pelajaran mahupun berbincang tentang ilmu agama tetap HARAM hukumnya... berdua2an dengan mukan muhrim haris diserta dengan mahram... bukan dengan rakan2... rakan2 bukanlah muhrim kita... hati manusia mudah goyah dan hanyut... manusia yang hanyut akan terus hanyut dan anda tidak akan dapat diselamatkan sekiranya terus hanyut... maka nasihat saya, jangan anda terjun ke dalam jurang yang dalam sekiranya anda tidak pandai berenang...

nasihat saya pada pelajar2 dan sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini... janganlah anda menghalalkan dan membiarkan rakan2 anda terus hanyut... bantulah mereka kembali kepada Allah kerana sekali bala Allah turun, akan turun kepada semua umat dalam komuniti tersebut... termasuklah kita yang tidak melakukannya... mengapa? kerana kita tidak berani mencegahnya... oleh itu bantulah rakan2 dengan menasihatkan mereka agar kembali kepada Allah... biarlah mereka membencei kita kerana kita menegakkan keadilan...

kepada semua yang membaca... ingatlah kebaikan dan keburukan hanya dipisahkan oleh 1 garisan yang sangat halus... dan syaitan adalah makhluk yang sentiasa berjanji untuk menarik manusia melangkah ke arah keburukan... hanya hati yang kuat dan iman yang teguh sahaja yang mampu mengatasinya...

bagi ustaz dan ustazah yang membaca... mohon maaf andai tulisan ini tidak sempurna... tegurlah mana yang salah dan tambahlah mana2 yang kurang... kerana saya bukan ahli dalam hal2 ini...

semoga kita dilindungi Allah swt...

wassalam...

1 comment:

Cayril Ikhwan said...

huhuhu.....insaf..insaf