Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama


hari nie hari pertama persekolahan... aku rasa tak dak cikgu kat SMKGS tu yg duduk saja... sumernya bergerak ke sana sini untuk menguruskan itu ini... jalan pun dah 60 langkah sesaat... hahahaha rate yg aku sengaja bagi untuk menunjukkan betapa hebatnya cikgu SMKGS...

cikgu form 4... uruskan orientasi form 4...

cikgu form 2 & 3... uruskan penempatan form 3...

cikgu form 5... dah mula mengajar... kejar silibus supaya cepat habis...

cikgu form 6... pun sama mcm form 5...

cikgu form one... uruskan orientasi...

so mana ada yg dok relax saja... ahaks... esok perhimpunan pertama sekolah... hurm harap hari tak hujan...

ada kisah kecil yg aku nak share... tadi masa aku tengah tunggu pelajar... aku duduk depan office... ada seorang ibu berbangsa india membawa anak nya untuk didaftarkan disekolah aku... aku tak berapa faham sangat masalah mereka... cuma pada pendapat aku, aku rasa budak tue dulu sekolah rendah di taman melawati... dapat sekolah smk lembah @ taman keramat... mak dia ingat dapat kat gombak setia... datang check nama, nama tak dak... pi lembah @ taman keramat... kata nama ada kat gombak setia... pi PPD pun kata nama ada kat gombak setia... tapi bila dtg sini... nama tak dak... so budak nie tak dapat mendaftar ari nie...

bukan kisah birokrasi yang aku nak citer (sebab dah lalu dengan kerenah birokrasi)... cuma aku nak cerita dari sudut pandangan budak tue... aku tau dia excited nak masuk form 1... sape yg tak excited... nak masuk sekolah baru... walaupun result UPSR tak sebagus mana... tapi alih alih banyak pulak masalah... aku faham kerisauan dia... aku dapat tengok mata dia hampir menangis... masa tue aku rasa kalo dia menangis... sure aku pun akan menangis... sedey wooo tak dapat masuk sekolah... tapi doa aku walupun dia berlainan bangsa, aku harap budak nie dipermudahkan urusan supaya dapat belajar dengan baik dan membersar menjadi manusia yg berguna...

SELAMAT MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN... SEMOGA KITA LEBIH BERJAYA PADA TAHUN INI BERBANDING TAHUN LEPAS... INSYAALLAH...




No comments: