Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 17, 2010

Demam Facebook...

post ni aku tujukan untuk semua org especially aku dan FB addicted... hahahaha... dengan ingatan semoga FB yang kita ketagihan itu membawa kita kepada kebaikan... InsyaAllah semoga kita bijak menggunakannya...

beberapa hari lepas aku lepak2 dengan mak, kak da dan adik sambil sembang2... timbul lah citer tentang Facebook... hahahaha seriusly from my point of view FB merapakan aku dengan member2 dan cikgu2 lama aku...

contohnya melalui FB aku dapat jumpa member2 sekolah rendah yang dah hampir 14 tahun aku tinggalkan... aku juga dapat berjumpa balik dengan member sekolah menengah dan MRSM yang dah lama tak berhubung... sama jugak dengan member matriks, cikgu dan pensyarah2 lama dulu... termasuklah member masa di universiti dan member2 baru di sekolah tempat aku mengajar...

banyak jugak member yang aku dapat... cara aku senang jek... aku google nama derang, then aku akan dapat tau perkembangan derang serta samada derang ni ada FB ke tak... and satu lagi aku sedar... rupanya setiap org ada keunikan... hehehe walaupun nama tue tak berapa komersial atau banyak org pakai... tapi tetap aku dapat jumpa...

hurm pokok pangkalnya aku bertuah berjumpa FB sebab aku dapat jumpa member2 lama yang mungkin ada setengah nya dah tak ingat kat aku atau even tak pernah kenal aku pun... hahahaha...



p/s: still mencari beberapa org kawan yang maih gagal dihubungi... especially cikgu dan member sekolah rendah...

2 comments:

Putri said...

kite jumpe kat friendster kan? :P
kemudian kat FM.

syahNURazni said...

hehehe yeah... and now kat blog pulak...