Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 11, 2010



Kerana Cinta...


Cinta Itu Cahaya Sanubari,

Kurniaan Tuhan fitrah Insani,

Dan Di Mana Terciptanya Cinta,

Di Situ Rindu Bermula,

Cinta Itu Tidak Pernah Meminta,

Tetapi Memberi Sepenuh Rela,

Rasa Bahagia Biarpun Sengsara,

Berkorban Segala-gala,

Semua Kerana Cinta,

Yang Pahit Manis Di Rasa,

Menghibur Nestapa Merawat Duka Damai Di Jiwa,

Terpadamlah Api Benci Permusuhan,

Terjalinlah Kasih Sayang,

Begitulah Cinta Yang Diidamkan,

Tanpa Nafsu Yang Mencemarkan,

Dan Jangan Pula Kerana Bercinta,

Kita Pun Leka Entah Ke Mana,

Dan Jangan Pula Kerana Bercinta,

Tergadai Semua Maruah Agama,

Cinta Yang Sejati Hanya Cintakan Illahi,

Cinta Ayah Bonda Tulus Suci Selamanya,

Cintakan Saudara Masa Berada Hanya Sementara,

Cinta Sesama Insan Suburkan Dengan Ketakwaan…

No comments: