Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 8, 2010

Sharing is Caring

hurm Alhamdulillah... lately saya berjaya kembalikan habit masa di MRSM... iaitu membaca Al-Mathurat... cuma skang bila dah dewasa sket... saya mula meneliti makna disebalik ayat2 yang saya baca... dan rupa2nya maknanya begitu mendalam... jadi saya salin balik makna beberapa ayat2 yang saya rasa kena dengan saya dan juga kena dengan environment saya sebagai seorang anak (to mak and bapak), anak angkat (to umi and abah), adik, kakak, in laws, mak sedara, guru, masyarakat dan yang plg penting sebagai seorang muslim...


1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala sanjungan itu terpulang kepada Allah Tuhan semesta alam, Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, Yang Menguasai Hari Pembalasan, Hanya Engkau sahaja kami pohon pertolongan, tunjukkan kami jalan yang lurus iaitu jalan orang2 yg Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukannya jalan orang-orang yang Engkau murka terhadap mereka dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat (Al-fatihah)


2. Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang Kekal selama-lamanya mentadbir sekalian makhlukNya. yang tidak mengantuk usahkan tidur. yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisiNya, melainkan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada dibelakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui satu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. dan dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar kekuasaanNya. (Ayat Kursi)


3. Allah pelindung orang2 beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. dan orang2 yang kafir, penolong2 mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya... (Surah Al-Baqarah, 257)


4. Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah berdaya menghitung dan menyatakannya kepada kamu. kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang ia kehendaki dan menyeksa sesiapa yang dia mahu mengikut undang2 dan peraturanNya. Allah maha Berkuasa atas segala2nya... (Al-Baqarah 284)


5. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya dibuat olehnya. setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 terdahulu daripada kami, Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak berdaya memikulnya. maafkanlah kesalahan kami. serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum2 yang kafir (al-Baqarah 286)


6. Pada hari pembalasan kelak, setiap muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup lagi Maha Kekal mentadbir makhluk selama2nya. sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman (aniaya). sesiapa yang mengerjakan apa juga amalan soleh, sedang dia beriman, maka tidaklah dia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikit pahalanya (surah thaha 111-112)


7. Dengan nama Allah yang dengan namaNya terpeliharalah segala sesuatu yang dibumi dan juga di langit daripada sesuatu ahaya. sesungguhnya Dialah yang maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


8. Ya Allah, aku berlindung dengan kalimah firmanMu yang sempurna dari kejahatan makhluk ciptaanNya.

9.Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih dan gelisah, Aku berlindung kepadaMu dari rasa lemah dan malas, Aku juga berlindung kepadaMu dari sikap pengecut dan bakhil serta cengkaman hutang dan penindasan manusia.


10. Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintah Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.maka eratkanlah ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini, tunjukkanlah kpd hati2 ini jalan yang sebenar, penuhkanlah hati2 ini dgn cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam, lapangkanlah hati2 ini dengan limpahan iman. dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu. suburkanlah hati2 ini dengan pengetahuanMu yang hakiki. jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkau sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong.

No comments: