Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 11, 2010

Alhamdulillah...

Alhamdulillah hari pertama berjalan dengan baik... syukur kerana saya berjaya mencapainya hingga ke terawih... syukur sangat...


cuma masa terawih tue ada beberapa perkara yang saya kurang senang:

1. bacaan imam agak kelam kabut dan sepertu mahu berlari... makmum penat berkejaran...

2. anak2 yang masih belum baligh di letakkan disebelah ibu2 mereka... ikut fahaman cetek saya, putus saf kalau begitu...

3. dan sewaktu tengah solat, ada 3 org yg betul2 disebelah saya telah bangun meninggalkan saf... menyebabkan saf saya terputus... dan 3 org itu ada pelajar saya... esok insyaAllah saya akan menegur perbuatannya agar dia tahu itu salah... dan dapat dijadikan pelajaran utknya...

4. imam terlupa hingga sepatutnya masih ada 1 rakaat dan dia terus duduk tahiyat akhir... maka lepas solat bising semua makmum...


dari peristiwa hari ini saya mendapat satu kesimpulan:

1. ilmu agama yang diajarkan disekolah tidak lebih hanya sekadar ilmu dan bukan amal, oleh itu ramai pelajar yg belajar cara solat tapi tidak tahu mengamalkannya


mungkin selepas ini boleh dicadangkan agar amali diperbanyakkan dan teori dikurangkan... kerana dari amali lah akan lebih mantap amalan kita... insyaAllah...

No comments: