Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 19, 2010

2 Minggu Yang Penuh Dengan Segalanya...

saat ini saya sudah berada di gombak... dalam masa 12 jam lagi saya akan melangkah ke sekolah semula... kerja harus diteruskan... itu adalah ibadah... bak kata saudara Hilal Asyraf...


taipan saya menjadi lambat.. mungkin kerana terlalu letih dan mungkin juga kerana sudah lama saya tidak menaip... hurm bak kereta yg telah lama tak bergerak...



terus terang saya katakan 2 minggu yang berlalu penuh dengan segalanya... hinggakan saat ni buat saya tidak puas utk berada di Gombak... rasa hati mahu terus berada di kampung... bayangan wajah mak, bapak dan adik sentiasa bermain di wajah saya kini... entah...



berbaloi rasanya perasaan excited saya utk pulang ke kampung... kerana kali ini berbeza... tidak sama seperti sebelumnya... cuma mungkin ada sedikit2 yang tercalar... tp saya redha... sebab perubahan memerlukan masa...



seronok menghabiskan masa bersama mak, bapak, adik dan keluarga kak ida... seminggu pertama penuh kegembiraan...



namun begitu... Aidilfitri kami sedikit berbeza... tidak seperti tahun2 sebelumnya.. dan mungkin boleh saya katakan inilah pertama kalinya...



cadang saya mahu bercerita ttg itu.. tapi saya tk punya kekuatan utk menaip... cuma pagi raya kami berbeza kerana kehilangan mak ndak dan cucunya dalam kemalangan jalan raya...



doa saya moga mereka diberkati dan ditempatkan dalam golongan hamba yang beriman...



seharian kami di rumah abang halim anak mak ndak... sampai la jenazah di bawa ke masjid utk disolatkan dan kemudian dikebumikan...


Alfatihah...

No comments: