Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 3, 2010

Ada Suka Ada Duka...

DUKA

petang semalam (1 September 2010) sewaktu pulang, saya terserempak denganguru2 disiplin berbual2 di depan bilik guru lelaki...dan ada seorang pelajar lelaki bersama mereka... tingkatan 2 mungkin kerana bertanda nama kuning...


waktu saya lalu, saya bertanya pada salah seorang guru tersebut... kenapa dengan pelajar ini? jawab cikgu tersebut... "cuba hidu, ada apa bau tak?"


sangkaan saya... pelajar ini merokok... saya menghidu dari dekat agak2 30 cm dari pelajar tersebut... dan serius saya tak terhidu apa apa bau...


bila diselidik... rupanya pelajar ini bukan merokok tetapi terkantoi minum arak...


hati bergetar... dalam hati saya beristighfar... balik rumah... saat solat zohor... saya menangis...


memikirkan apa yg akan terjadi kepada anak bangsa saya... anak didik saya khususnya... saya muhasabah diri... adakah ini kesilapan kami dalam mendidik anak bangsa kami... atau diri mereka yang tidak mahu menerima didikan kami?

"Ya Allah, lindungilah anak2 bangsaku... berikanlah mereka cahaya kejalan yang diredhai... dan lindungilah kami dari kemarahan Mu... sesungguhnya kami tidak mampu menanggung segala beban amarahMu..."


SUKA...

Hari ini ada majlis khatam Al-Quran... saat saya duduk bersama dengan guru2 lain sambil menantikan majlis bermula... tiba2 mata saya tertangkap sesuatu... tertangkap pada figura seorang pelajar yg naik pentas dan terlibat dengan majlis khatam quraan tersebut...

dalam hati... ada bangga dan terharu... dulu pelajar ini bermasalah... tapi saya tahu dia pelajar yang baik... mungkin hanya teralpa kerana mengikut arus hidup remaja... tapi bila mendengar bacaan dia... saya berbangga dengan dia... berbangga kerana masih ada nilai baik dalam hati nya...


azri farid bin shahrom...

saya berbangga dengan anda... teruskan menjadi yang lebih baik utk diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang disekeliling... teruskan menjadi yang terbaik utk masa depan anda... sejukkan hati ibu dengan menjadi anak yang baik... hilangkan lelah ayah anda dengan menjadi anak yang soleh, banggakan hati saya dan guru2 yang lain dengan menjadi pelajar yang cemerlang sahsiah dan akademik dan jadikanlah diri anda sebagai ingatan dalam kalangan rakan2 anda dengan meninggalkan mereka akhlak yang baik...


"ya Allah... berikanlah yang terbaik kepadaku, kepada ahli keluargaku, kepada rakan2ku dan kepada anak2 muridku..."

No comments: