Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 20, 2010

Sudah Jatuh Cinta Dengan Karyanya

saya terpanggil utk terus follow cerita janji kekasih lakonan jue aziz... biarpun mungkin ada yg menkritik negatif... namun saya suka cerita itu... banyak mesej dan peringatan... paling best... ia mengenalkan saya kepada Opick... saudara seagama dari negara jiran yang memperjuangkan agamanya melalui karyanya...


dulu saya berkenalan dengan Maher Zain... dan sekarang Opick... duanya mempunyai perjuangan yang sama walaupun dari latar berbeza... lagu2 mereka menginsafkan saya..


bersyukur kerana menemui mereka... walaupun dengan cara maya ini... malah lebih bersyukur kerana bertemu dengan karya mereka... indah dan menginsafkan...


saya mungkin tidak sebertuah sesetengah orang... saya masih mencari, mencari ketenangan yang abadi bersama ilahi... dan harapan saya sejarah lama dapat saya tinggalkan... dan saya berharap saya akan lebih tenang bersama jalan Allah...

Ya Allah.. kurniakan utk ku insan2 yang boleh mambawa ku kejalanMu...

No comments: