Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 21, 2010

Anak2 Didik Ku Tersayang...

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca... serius, saya rasa terpanggil untuk menulis notes ini... sebab saya cuma ada kurang lebih sebulan lagi utk memastikan pelajar saya bersedia menghadapi peperiksaan kimia STPM 962...


persoalan pertama saya... adakah calon2 semua bersedia? masa terus berjalan... semakin dekat dan semakin mendebarkan... kalau jawapan anda, anda belum bersedia... maka siapkanlah persediaan anda mulai SEKARANG... tapi kalau persediaan anda telah lengkap, SYUKUR Alhamdulillah... saya menumpang lega...


bagi yang belum bersedia... sila lakukan apa yang patut MULAI SAAT INI... cuba la ulangkaji kembali apa yang telah diajar oleh guru... untuk subjek kimia, cuba jaya dengan latihan, jujur dengan diri sendiri dalam membuat latihan... bandingkan jawapan anda dengan skema yang diberikan... cuba memahami konsep yang ditanya...


untuk soalan Kimia STPM... kalau mereka2 yang pernah dan selalu membuat soalan tahun-tahun lepas, pasti anda akan menemui rentaknya... bentuk soalannya hampir sama... konsep yang diuji juga tidak jauh bezanya... cuma situasinya sahaja diubah...


bagi yang terlalu jauh menyimpang... yer, saya tau ada yang begini... kerana mungkin anda merasakan tingkatan 6 tidak sesuai dengan anda, dan anda masih mengharap utk keluar ke tempat yang lebih baik... tapi akhirnya anda terperangkap dalam Tingkatan 6 setelah tidak dapat kemana2...


jangan putus asa dan jangan jadikan tingkatan 6 hanya persinggahan... lakukan yang trbaik... better late than never... lebih baik anda mencuba utk memahami konsep... mahu tukar aliran, sudah terlambat... mahu berhenti.. sungguh membazir waktu... apa PILIHAN yang anda ada? hanya 1... TERUSKAN...


TERUSKAN sahaja apa yang anda sudah lalui... 1 bulan kurang lebih sahaja lagi... cuba recall kembali apa yang telah guru anda di Tingkatan 5 telah ajari... sebab KIMIA STPM tidak bermakna TANPA KIMIA SPM... basicnya di SPM... dan lanjutannya di STPM...


walaupun pengalaman saya yang masih cetek mengajar STPM tetapi banyak perkara yang saya notice...


1. pelajar lepasan SPM cenderung lupa dengan apa yang telah mereka pelajari sewaktu SPM, ini menyebabkan mereka gagal menguasai KIMIA STPM... mengira bilangan mol, menukar unit, membuat electron configuration, membuat persamaan redok, mengingat kembali bagaimana menamakan alkane, alkene dan ciri2 nya, mengira formula empirik, mencari bagaimana menggunakan formula empirik utk mendapatkan formula structure dan molecule, membuat persamaan redoks, mengingat kembali perkara basic dalam chemical bonding dan polimer, rate of reaction, electrolisis dan sebagainya... semua ini merupakan basic untuk anda yang telah anda pelajari sewaktu SPM...


2. perkara kedua, pelajar selalunya cenderung untuk bergantung kepada periodic table... saya sarankan anda menghafal 20 element pertama dalam jadual berkala... bermula dari hidrogen hingga lah ke calcium... hafal berserta dengan no atom and no jisim nya... atomic number and mass numbernya... ingat dan cuba hafal... paling tidak pun hafallah RAM dan no atom utk element2 yang glamour seperti hidrogen, carbon, oksigen, nitrogen, sodium, megnesium, sulphur, gas2 nadir dan sbg... bukan apa... ini adalah bagi menjimatkan masa anda. apa bila anda mengingati no atom and RAM utk element2 glamour ini, sekaligus anda sudah menjimatkan masa untuk menyelak periodic table utk mencari maklumat tersebut... dengan itu masa yang anda dah savekan boleh anda gunakan utk selesaikan soalan yang lebih memerlukan perhatian.


cuba sedaya upaya... sesuaikan cara belajar anda dengan subjek... bak kata cikgu dan pensyarah saya... pelajar bijak adalah pelajar yang study smart bukan study hard... tak perlu bersusah payah menghafal satu buku utk setiap subjek... x perlu sekiranya anda tahu kunci study nya... mungkin sesetengah subjek memerlukan anda banyak membaca tetapi tidak KIMIA @ CHEMISTRY...


tetapi untuk kimia, cukup sekadar memahami konsep... bagaimana mahu memahami konsep? cuba memahami konsep melalui latihan... perbanyakkan latihan anda... dan anda pasti kan berjumpa dengan pattern soalan yang lebih kurang sama...


lebih banyak latihan yang anda buat, maka lebih banyak skill dan konsep yang anda akan faham... KIMIA tidak boleh difahami hanya dengan membaca... satu soalan mencari Mol mempunyai kurang lebih 2 @ 3 cara penyelesaian yang berbeza... sekiranya anda gagal menguasai konsep dan memahami konsep anda pasti akan tengelam punca...


dan ingatlah seperkara... guru adalah pemudahcara... PRA U... adalah satu persediaan untuk anda keuniversiti...


diuniversiti... tidak semua akan disuap... 1 assignment diberi... 1 due date diberi... dan nah... carilah sendiri sumbernya... dan itulah yang cuba kami guru2 pra u cuba terapkan dalam P & P serta dalam Penyelidikan... memberi anda pendedahan utk anda MENCARI SENDIRI...


saya cenderung utk memberi pelajar saya slide powerpoint... mohon JANGAN hanya bergantung kepada SLIDE saya 100%... kerana slide saya hanya cara saya memudahkan P&P dan outline utk anda lanjutkan pembacaan... cuba rujuk buku berbeza... belilah lebih dari 1 buku rujukan... kerana setiap buku ada keistimewaannya... serius saya ada 13 bh buku rujukan dan buku latihan utk kimia fizikal, begitu juga kimia organik dan kimia inorganik... kenapa tidak anda? tidak rugi melabur duit kepada buku... sungguh tidak rugi...


kalau anda tidak berkemampuan... tidak perlu risau... berpakatla dengan rakan sekelas untuk membeli buku yang berbeza2... pelajar A beli buku Longman, pelajar B beli buku Fajar, pelajar C beli buku Pelangi, pelajar D beli buku Arah Pendidikan, pelajar E beli buku Federal... maka anda boleh bertukar2 fikiran dengan buku2 berbeza... dan utk pelajar STPM Kimia SMKGS... ada banyak buku rujukan yang boleh dipinjam dari bilik Pembantu Makmal... pinjam2 la... buku international pun ada seperti Mc Graw Hill dan Prentice Hall... pinjam dan cuba lihat mungkin cara penyampaian buku2 luar negara ini lebih mudah utk anda fahami...


setelah anda berusaha... tetapi masih buntu... feel free to come and meet me...


Akhir kalam saya... cubalah lakukan yang TERBAIK... bukan untuk SAYA... tapi untuk ANDA... anda buat, anda dapat... bak kata Ustazah Siti Nor Bahiyah...


pesan terakhir saya:


1. bagi calon STPM, buatlah yang terbaik... kami guru2 sentiasa mendoakan anda... save the best for last... masih belum terlambat utk berubah dan berusaha... kejayaan memerlukan pengorbanan...


2. bagi calon SPM... juga buat la yang terbaik... SPM bukan penghujungnya... bila anda berjaya menggenggam segulung Ijazah... itulah kejayaan sebenarnya... dan PASTI kan anda tidak membakar kertas soalan dan membakar buku2 SPM anda... kerana kita tidak tahu apa ketentuan Allah pada masa hadapan... mungkin, anda ditakdirkan menyambung diploma, atau matrikulasi, atau kolej swasta atau STPM... dan ingat bila anda menyabung STPM... buku2 SPM sebenarnya masih diperlukan... jadi jgn bertindak BODOH seolah2 selepas SPM anda akan tros melupakan SEKOLAH...


3. kepada bekas calon PMR... silalah berkelakuan baik... jaga adab dan sahsiah... jadilah yang terbaik... ikut la program SELEPAS PMR sehingga habis... kerana sepanjang saya menjadi guru SMKGS.. saya melihat ramai pelajar yang digilap potensinya melalui PROGRAM ini...ada yang asalnya tidak berani berpantun, bersyair, bersajak... tapi rupanya berpotensi utk menjadi pemantun sekolah... ada juga yang boleh menjadi pemidato sekolah... disinilah potensi anda digilap...


4. kepada rakan guru, dan rakan2 lain yang tidak termasuk dalam 3 kategori diatas.. dan mendapati notes ini berguna utk mereka2 disekeliling anda... sampai2kan lah... mungkin dengan menyampaikan perkara baik... kita akan menjadi lebih tenang dan bahagia... doa saya moga dengan melalukan perkara ini, Tuhan akan memberi ganjaran yang baik kepada 4 Pelajar saya yang bakal mengambil STPM pada tahun ini...


SEKIAN... WASSALAM


2 comments:

NOR ZARINA said...

Salam.. Saya teruja semasa melayari blog ni, kerana ada cikgu yg begitu prihatin terhadap m/p kimia stpm... sebenarnya saya guru kimia stpm, mungkin kita boleh berkongsi idea dan pandangan tentang m/p kimia pada masa akan dtng.

syahNURazni said...

zarina... salam kenal... saya menulis apa yg saya lalu hari2... dan apa yg ada dalam hati saya dan apa yg terluncur dari jari... jadi x semua entri dalam blog ni menjurus kepada akademik... cuma kadang2 bila tgk senario pelajar jurusan sains disekolah saya... saya jadi takut... takut mereka sia2kan masa 2 thn tanpa dpt apa2... saya juga baru mengajar kimia stpm jadi masih dalam proses mengutip pengalaman... =) add la saya kat FB... dan mungkin nti kita boleh berkongsi idea dan pandangan... insyaAllah