Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 13, 2010

Dalam Kenangan...

bersediakah kita menghadapi kematian? bagaimana kalau ia datang menyapa kita sesaat lagi... dalam keadaan apakah kita, ketika ia datang? cukupkah amal ibadah kita ketika kita dijemput? memikirkan itu semua, saya menjadi takut...



ditambah pula dengan 2 kematian terdekat ahli keluarga saya... sebulan satu kematian mengunjung tiba... bermula dengan kematian mak ndak akibat kemalangan jalan raya bersama cucunya pada hari raya lepas... saya sudah mula takut... takut kerana saya tahu amalan saya tidak cukup... sebulan selepas itu, spesifically semalam, saya menerima lagi berita kematian, Pak Su Mer (bapa saudara sepupu saya) pergi meninggalkan kami...



usia nya lebih muda dari saya... sebaya adik... tapi Allah lebih sayangkan dia... kali terakhir kami bersua adalah pada cuti hari raya lepas...



mak kata, dia banyak berubah... dia peramah, x seperti sebelumnya... kalo kami datang ke rumah nya dia akan terperap dalam bilik... mungkin itu tanda perubahannya... cuma kami g tidak sedar...



ada kenangan yang terlintas difikiran saya... masa kami kecil dahulu... cuma bila dah besar kami semua bawa haluan masing2...



Ya Allah, terimalah kehadirannya... semoga dia tergolong dalam golongan hambaMu yang beriman...



p/s: moga keluarga Tok Su tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran...

p/s2: ada seseorang berpesan "jgn asyik memikirkan mati hingga lupa utk menambah amalan, fikir mati itu bagus, tapi dalam masa yg sama amalan jangan dilupa... "



No comments: