Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 19, 2010

Dulu Saya Mahu Ia Pergi, Sekarang Saya Mahu Ia Terus Di Situ...

kadang2 saya merasakan perasaan ini sudah semakin mati... dan diketika itu juga saya menjadi takut... saya mahu ia terus disitu... saya masih mahukan perasaan ini... sungguh... saya mahukan ia terus berada ditempat ia berada sekarang tanpa berganjak sedikit pun...


mungkin juga kerana dia tidak ada didepan mata, maka perasaan ini berhibernasi... mungkin... segalanya berkemungkinan...


doa saya moga ia terus disitu... kerana perasaan itu mendekatkan saya dengan Allah... hati saya menjadi lebih tenang... walaupun kadang2 kala berkocak...


tapi akal saya selalyu berkata... mungkin Allah sedang memakbulkan doa mu... mungkin dia bukan utk saya... kerana itu Allah jauhkan hati saya darinya... mungkin...


apa juga yang berlaku dan akan berlaku... saya redha... saya terima seadanya... walaupun sebenarnya sukar...


tadi, waktu drive pulang dari Jusco... saya terfikir... mungkin ini adalah ujian Allah untuk saya, kerana Dia mahu saya lebih mendekatinya... dan mungkin juga ini adalah balasan Allah untuk saya kerana saya sering melupakanNya... dan saya tidak mahu bersangka buruk dengan Allah... balasan atau dugaan... saya terima dengan redha... kerana kedua2nya benar...





"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: