Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 5, 2011

Bahagian Masing - Masing...

sebenarnya saya tak berniat utk mengupdate entri lagi selepas entri tadi... tapi bila saya terkenangkan kisah seorang rakan sekerja yang sangat saya hormati... saya terpanggil utk mengupdate...



yer... seperti tajuk saya... bahagian masing2... saya ada bahagian saya, dan anda ada bahagian anda... cuma mungkin kita kadang2 tidak berpuas hati dengan bahagian masing2...



tapi apa yang saya dapat pastikan adalah buruk atau baik bahagian yang kita dapat... semuanya boleh kita tanggung dan terima... itulah sebenarnya...



saya rasa bersalah... kerana pada saat dia memerlukan saya tidak ada bersamanya... saya jauh dari dia...



mungkin cara dia meraih attention berbeza dari orang lain... sebab itu saya salah faham dan menjauhkan diri...



janji saya... saya akan cuba sedaya upaya memahami dia... bukan kerana utk membodek atau apa... tapi kerana saya tahu dan dapat merasai dugaan berat sedang dia lalui...



mahu menitiskan air mata tadi bila dia menceritakan kisah dia... saya tidak tahu seserius itu masalah dia... kalau la saya tau dari awal... mungkin saya tidak menjauhkan diri...



Ya Allah... apa juga bebanan dan dugaan yang Engkau berikan pada kami... berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi segalanya hingga akhir... jadikanlah dugaan dan bebanan ini sebagai pendekat diri kami denganMu... redhailah kami dan berikanlah kami petunjuk untuk menghadapi segala dugaan dan cabaranMu"



doa saya moga dia kuat menghadapi dugaan...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: