Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 20, 2011

Allah, berikanlah hambaMu Kekuatan...

Esok... isnin 21 Februari 2011... antara dua, samada menjadi hari yang ceria atau menjadi hari yang hambar...

moga Allah memberikan yang terbaik...

esok... result STPM keluar... penanda aras untuk saya, kerana ini adalah batch pertama Chemistry yang saya ajar sepenuhnya... yep almost 3 years waiting, akhirnya product pertama telah keluar... harapan saya moga anak murid saya, Sarishna, Asfah, Puven dan Sulpajri mendapat keputusan yang cemerlang... terutamanya subjek Chemistry....

esok juga, perasmian program SMK Gombak Setia Kebanggaan Kami... huhu actually program ni last minit dan merupakan program Pengurusan... tp entah cemana saya, SU HEM yang kena buat... patutnya kertas kerja dan semua program pelaksanaan diuruskan oleh ketua2 bidang... huhu... entah la ini la jadinya kalau yang berada diatas tidak tahu membezakan tugas... huhu ya Allah, berikan hambaMu ini kekuatan dan permudahkanlah urusan pelancaran program ini.

dan esok juga, merupakan hari pertama saya mengajar sains 4 murni... huhu dan saya merasa sungguh nervous... kerana ini merupakan kali pertama saya mengajar sains tingkatan 4. moga Allah memudahkan urusan saya...

sesungguhnya saya betul mengharapkan esok berjalan lancar... sebagaimana yang diaturkan.

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: