Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 19, 2011

Kadang2 Kita Tak Sedar Pun Masa Berlalu...

hidup ini kadang2 indah untuk seseorang... kadang2 tidak kepada sesetangah orang...

saya melihat dunia ini dalam pandangan saya... sungguh berbeza...

ada orang, begitu dipermudahkan kehidupannya... lepas SPM dah dapat boyfriend, then lulus pulak dengan cemerlang dalam SPM, terus dapat tawaran ke universiti dan terus dapat biasiswa, elok grad jek dapat kerja yang baik, bergaji tinggi, dapat gaji pertama dah boleh keluar sebuah kereta, then berkahwin, setahun selepas itu, sudah ada seoarang cahaya mata...

mudah bukan perjalanan hidup "dia"...

semua sepertinya telah direncanakan dengan baik...

ada pula orang, bermula dengan kesukaran, dapat baik dalam UPSR, tapi tidak mendapat peluang ke sekolah yang baik, tapi berjaya meneruskan kecemerlangan dalam PMR dan SPM, dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, dan berjaya grad dengan cemerlang... selang beberapa bulan berjaya menyambung master... tidak perlu begitu begini, trus mendapat tawaran dan semuanya dipermudahkan...

indah bukan... walaupun mengharungi kesukaran... hidup"nya" masih dipermudahkan...

ada juga yang berjaya dengan cemerlang dalam UPSR, PMR tapi tidak SPM... tapi masih mampu meneruskan pelajaran ke Universiti... dan berjaya grad... lepas grad, dapat kerja yang terjamin masa depan, tapi urusan jodohnya masih belum dilancarkan... kenapa yer?

persoalan begini, sebenarnya kalau digali gali boleh menimbulkan 2 perkara... satu, boleh menimbulkan keyakinan kepada Allah, yakin bahawa semua urusan adalah hak milik Allah... dan Dia berhak menentukan bila waktu yang sesuai... kedua, boleh menimbulkan ketidak percayaan kepada Allah... tidak percaya bahawa Allah itu maha mengatur segalanya...

mohon pada Allah, apa juga yang berlaku... mohon saya mempunyai kepercayaan yang pertama...

sebenarnya ini bukan tujuan saya menulis entri ini, tapi entah tiba2 itu yang terlintas difikiran saya...

tajuk entri ini saya tulis bila melihat kawan2 saya yang sudah berumah tangga dan punya anak... rasanya baru tahun lepas saya menerima undangan perkahwinan mereka (mohon maaf, banyak yang tidak saya hadiri, bukan kerana berkecil hati, tapi sekadar mahu menjaga hati saya yang kadang2 tersentuh melihat kawan2 yang sudah melalui hari2 bahagia sedangkan saya, ntah bila saya juga tidak pasti... tapi doa saya sentiasa mengiringi kalian)

tapi tadi, bila tengok FB update kawan2 saya... rupanya anak mereka sudah besar... sudah ada adik, sudah boleh bercakap dan berjalan... ertinya sudah lama undangan perkahwinan mereka saya tiba...

sebab tue saya kata, kadang2 kita tidak sedar pun masa berlalu... rasanya baru tahun lepas, rupanya sudah 3 @ 4 tahun lepas...

apa juga pun saya sentiasa mendoakan rakan rakan saya bahagia bersama keluarga mereka... doakan juga saya bahagia...


p/s1: terima kasih kepada follower yang ke 47... Hasrul namanya... mungkinkah saya mengenali anda? apa juga pun, TERIMA KASIH kerana follow blog chikai saya ni... =)

p/s2: kepada syida, mohon jangan berkecil hati dengan saya, seperti yang saya katakan... saya tidak mampu menghadapi kamu... tidak tahu apa yang mahu dikongsikan dan tidak tahu apa yang mahu diceritakan... dan daya mahu menjaga hati saya, agar tidak tersentuh lagi... awak sudah ada yang menjaga hati, tapi saya... harus menjaganya sendiri...


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: