Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 26, 2011

Mari Contohi Dia...

saya ingin menceritakan perihal seseorang dalam entri kali ini... bukan utk menghentam tapi utk pedoman kepada semua yang singgah dalam blog ini... jadikanlah ia satu pengajaran... semoga kita mengambil yang terbaik utk dijadikan ikutan...

kisah ini adalah satu kisah hebat yang berlaku dalam sejarah SPM 2010... keputusan yang diumumkan oleh Puan Pengetua pada 23 Mac yang lalu sungguh2 membanggakan warga Gombak Setia... antaranya saya... walaupun saya langsung tidak menyumbang kepada kejayaan SPM... sebab saya tidak mengajar kelas SPM... =)

tapi sungguh membanggakan... air mata jatuh tatkala bertemu dua orang murid pengakap saya, yang mencatat keputusan yang cemerlang... TAHNIAH utk Ayu dan Wanie... sungguh, saya menumpang gembira dan bangga dengan kejayaan kalian...

tapi ini bukan kisah ayu dan wanie... ini kisah orang lain... kisah "dia"...

dia berhenti sekolah sewaktu di tingkatan dua... atas sebab apa... itu saya tidak mahu nyatakan disini... setelah berhenti... dia membantu abangnya bekerja sebagai pekerja kontrak... mengambil kontrak membaiki dan membuat banggunan...

sekolah selalu menggunakan perkhidmatan abangnya... mungkin ini adalah langkah pentadbir utk memberi sokongan memandangkan keadaan keluarganya yang agak susah dan kesemua adik beradiknya adalah bekas pelajar sekolah ini...

3 tahun berlalu, sekitar bulan februari - mac 2010, abangnya membuat permohonan utk memasukkan dia kembali ke SMKGS... atas alasan sudah tingkatan 5 dan mahu mengambil SPM... keadaan ini sebenarnya adalah situasi biasa di sini... berhenti ditingkatan 4 dan mahu bersekolah semula utk ambil SPM ditingkatan 5.

keadaan yang amat2 merisaukan guru... apa tidaknya pelajar ini langsung tidak mengambil PMR dan tidak bersekolah ditingkatan 4... tp kita tidak berkuasa menghalang murid utk bersekolah...

akhirnya dia ditempatkan dikelas terakhir sekali dalam tingkatan 5... ujian pertama bulan mac mencatatkan sejarah apabila pelajar ini mendapat +-50% (saya tidak ingat markah terperincinya) yang rata2nya pelajar kelas tersebut gagal utk subjek matematik... bayangkan baru sebulan belajar sudah mendapat markah sebegitu...

atas budi bicara cikgu2 dia ditukarkan kelas ke kelas yang lebih baik... attitudenya juga berubah setelah bersekolah semua... mungkin seiring dengan perubahan usia... yer la... dulu tingkatan 2 jiwa muda menguasai... belum mengenal erti hidup, kini sudah tingkatan 5 lebih kenal erti kesusahan dan sedar diri..

guru2 banyak membantu memberi kelas tambahan persendirian... dan serius saya pernah melihat dia belajar sains bersama dua rakan guru... dan... sungguh menakjubkan... dia betul2 cepat memahami isi pelajaran yang disampaikan...

dirinya juga lebih humble dan merendah diri... sentiasa mengucapkan terima kasih kepada cikgu...

dan akhirnya apabila 23 Mac 2011 tiba... pelajar ini mendapat keputusan 6A dan selainnya B... bayangkan setahun sahaja diperlukan utk mendapat 6A dan B...

pada saya, itu adalah kerana kesungguhan dia... dan bukan itu sahaja... itu adalah kerana kerendahan hatinya sehinggakan semua guru redha dengan ilmu yang mereka sampaikan...

dan kerana itulah dia berjaya... saya menumpang bangga dengan dia...

saya berharap semoga kisah ini dapat dijadikan pedoman...

menghormati ibu bapa, guru dan bersungguh2 serta yakin... itulah resepi kejayaan...

TAHNIAH saya ucapkan kepada SYUKRI IMANA... anda telah buktikan bahawa keredhaan guru dan kesungguhan adalah kunci kejayaan...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

4 comments:

Syukri Imana said...

Terima kasih 😊 . Terharu baca . Sy terhutang budi pada smk gombk setia 😀

SyahNURazni said...

awak jumpa post ini? hehehe semoga lebih ramai Syukri Imana mampu dilahirkan di Malaysia ini... InsyaAllah... saya doakan semoga awak Syukri Imana sentiasa dilindungi Allah dan berjaya dunia dan akhirat...

Syukri Imana said...

Terima kasih dan maaf lambat balas . Jarang online . Hehe . Jgn la jd mcm syukri imana . Jd la mcm cikgu2 smkgs . Ada 1 kata2 ditampal didalam bilik guru lama . "Guru sejati adalah org yg menyalakan lilin sewaktu apinya semakin pudar" dia patut tukar "guru smkgs adalah org .... pudar " . Sy cuma beruntung dtg pd tempat dan yg betul 😉. 😊😊 terima kasih . Sy syg smkgs ..

SyahNURazni said...

Syukri Imana... maaf cikgu baru je perasan comment awak ni... if you don't mind... ada facebook tak? boleh bgtau saya perkembangan awak? apa awak buat sekarang?