Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 19, 2011

Tingkatan Enam

saya baru sahaja habis lab amali kimia dengan pelajar tingkatan enam atas... semasa pelajar membuat amali saya melihat mereka satu persatu... observation untuk memberikan markah... then otak saya terpanggil untuk menulis entri tentang kelebihan berada ditingkatan enam

secara amnya kebanyakan lepasan SPM tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran ketingkatan enam... kata mereka tingkatan enam tidak glamour, perlu beruniform sedangkan rakan lain yang mengikuti diploma sudah boleh mempunyai imej sendiri... kata mereka lagi STPM ni susah... lebih baik ambil diploma... tetapi pada saya STPM mempunyai banyak kelebihan...

1. pelajar aliran sains especially mempunyai skill mengendalikan alat radas lebih baik berbanding pelajar diploma dan matrikulasi memandangkan mereka mempunyai 2 eksperimen yang perlu disiapkan sepanjang dua tahun... manakala diploma dan matrikulasi lebih mementingkan kepada teori.

2. apabila mereka berada ditingkatan enam... sikap dan kelakuan juga akan berubah. mereka merupakan kakak dan abang yang paling tua... jadi pelajar tingkatan enam akan kelihatan lebih mature berbanding pelajar matrikulasi dan diploma

3. melihat kepada pengalaman, pelajar tingkatan enam selalu mendapat jurusan yang baik diuniversiti berbanding pelajar diploma dan matrikulasi

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: