Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 26, 2011

Malam Ini Hati Saya Tersentuh...

malam ini entah... hati guru saya sungguh tersentuh... tidak pasti kenapa... adakah kerana peristiwa yang berlaku kebelakangan ini, atau kerana jawatan baru ini, atau kerana hala tuju saya yang baru atau kerana comment seorang pelajar dalam statusnya tentang saya [of course la comment yang baik2 yer... =)]

mengimbas balik... sewaktu mengisi borang UPU... saya sungguh teruja untuk mengambil jurusan pendidikan... mengapa? tulus ikhlas kerana saya amat terpengaruh dengan kakak saya... yang ketika itu baru sahaja posting... suka melihat interaksi beliau dengan muridnya... saya juga bercita2 mahu menjadi sepertinya...

menjadi pelajar jurusan pendidikan... sungguh enjoy... dimana2 org akan memanggil kami cikgu... erk mungkin sudah ada tanda didahi kami... CIKGU!!!

sebab tu saya katakan kepada pelajar saya... orang yang menjadi guru itu, adalah orang yang lahir untuk menjadi guru... he or she is born to be a teacher... naturally mmg sudah ada talent menjadi guru...

tahun ketiga saya praktikal... yep... itulah pertama punya anak murid... masih ingat lagi 2 kelas yang saya ajar... yang sekarang masing2 semuanya dah berusia 22 tahun...

lepas sajek grad... saya dipostingkan di SMK Gombak Setia... erm disinilah segalanya bermula... dunia sebenar menjadi guru... hampir 4 thn saya menjadi guru... inilah tahun yang paling mencabar untuk saya... kerana saya perlu menjalankan tugas untuk satu jawatan yang berat... jawatan yang memerlukan saya untuk berinteraksi dengan ibu bapa dan murid... xperlulah readers tahu jawatan itu... saya tidak mahu blog ini menimbulkan isu lagi...

yep... cabaran rupanya menjalan tugas tersebut membuatkan saya keletihan sepanjang hari... membuatkan saya rasa seperti ingin bercuti... ye saya mahu bercuti... hajat saya... setelah semuanya selesai... selepas orang yang dicadangkan mendapat kelulusan memegang jawatan tersebut... saya akan memohon bercuti, saya mahu pergi menenangkan fikiran... dalam fikiran saya ada sabah, ada pangkor, ada pulau perhentian... =) saya mahu melihat laut seluas2 nya... saya mahu menghirup udara hijau sebanyak2nya... saya mahu menebus masa yang telah saya gunakan sekarang...

cabaran ini saya jadikan pengalaman... mungkin 10 - 15 tahun lagi saya punya rezeki memegang jawatan ini... kita tidak pasti apa yang Allah rencanakan pada masa hadapan... doa saya moga semuanya adalah yang terbaik untuk kita...


akhir kata... saya suka menjadi CIKGU!!!

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: