Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 18, 2011

Tidak Cukup Bagus...

mungkin saya bukan guru yang sempurna... tp saya ada banyak persoalan yang ingin saya ajukan kepada pensyarah saya sebenarnya terutamanya pensyarah psokologi Dr. Christina dan pensyarah bimbingan dan kaunseling Prof Madya Dr. Naimah... sayangnya saya sudah terputus hubungan dengan mereka...

sebenarnya bila menjadi guru, saya mempunyai semakin banyak persoalan... dunia pendidikan secara realitinya tak sama dengan secara teorinya...

saya nak tanya mereka tentang situasi2 yang saya hadapi hari ini... yang kadang2 bila berhadapan dengan murid, saya jadi buntu...

ada yang berubah bila dimarah2, ada yang makin menjadi2 bila diambil tahu, ada pula yang bila dibiarkan berkelakuan baik, bila dilayan2 makin menjadi2, ada plak bila dibiarkan makin menjadi2 bila dilayan oke pulak...

erm entah la... saya juga tak pasti bagaimana harus saya jadi diri saya nie... saya penah diberitahu dulu... guru ibarat pelakon diatas pentas... melakonkan watak2 yang pelbagai...

wajarkah saya melakonkan watak yang diminati oleh peminat saya @ saya melakonkan watak yang saya mahukan dan biar peminat menerima saya seadanya?

entah la... saya buntu... bagaimana nanti kalau saya terus menjadi diri saya, dan saya kehilangan peminat? maksud saya dalam ertikata ini, bagaimana nanti kalau murid tidak dapat menerima saya sekaligus tidak dapat menerima pengajaran saya?

semalam, saya memberikan pelajar 4 Murni sekeping kertas, saya minta mereka memberi komen tentang saya... banyak feedback yg saya dapat... erm insyaAllah saya akan cuba baiki apa yg perlu... readers... doakan saya menjadi cikgu yang baik dan disenangi pelajar... paling penting, doakan saya menjadi guru yang mampu memahamkan murid tentang isi pelajaran saya...

saya sudah menetapkan azam... tahun depan saya akan mengisi borang sambung master... UITM atau UPM... insyaAllah... ada juga rakan yg mengajar menyambung di UPSI... hurm bukan tidak mahu, tapi terlalu jauh... huhu... kalo boleh nak sambung sahaja di UIA ni, tapi perlu pulak qualifiqation untuk ambil english test... huhu agak payah begitu... huhu....

readers doakan saya yer... doakan moga semua yang saya hajatkan menjadi kenyataan...

1. mahu menjadi guru yang baik
2. mahu sambung master
3. mahu terus mencintai dan dicintai oleh "dia" seorang sahaja
4. mahu berjodoh dengan "dia" seorang sahaja...

readers... doakan ya... saya dahulukan doa saya untuk kalian... mungkin saya bukan sehebat wali utk dimakbulkan doanya... tp saya tetap mahu doakan kalian sejahtera dunia dan akhirat...

p/s: terima kasih kerana tetap setia menjadi follower blog saya ini... =)


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: