Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 10, 2011

Pokok nampak cantik sebab akar menyokong...

dari jauh nampak pokok tu rendang sangat... daunnya hijau... buahnya lebat... dan bunganya harum... indah sangat...

orang2 yang lalu lalang akan berkata... cantik nya pokok ni... lebat buahnya dan hijau daunnya... boleh dikatakan hampir semua memuji apa yg mereka nampak... lebat buah, hijau daun, batang yang kuat, dahan yang sihat... semuanya... tapi mereka terlupa satu bahagian penting pada pokok tersebut...

akar... tak seorang pun memuji kecantikan pokok kerana kekuatan akarnya... semua orang terlupakan akar... walhal akar lah yang menyerap air utk merendangkan pokok, memberi kekuatan untuk pokok berbuah dan berbunga segar...

kerana kedudukan akar dibawah... ia tidak langsung dipandang... erm kesian akar... kadang2 akar perlu menjalar jauh untuk mencari sumber air... untuk menampung kehidupan pokok...


itulah analoginya sesebuah organisasi... orang luar nampak gah dari luar pagar... nampak hebat... nampak dahan2 yang besar, nampak kejayaan satu demi satu... nampak hebat betul ketuanya kerana mampu membawa organisasinya kearah kemegahan dan kejayaan...

orang lupa... kalau ketua bekerja sendirian... mungkinkah kejayaan itu dapat dicapai? kalau ketua buat sorang2... mungkinkah orgnanisasi itu akan harum?

pastinya tidak... ketua hanya memainkan peranan untuk memberi arahan... implimentasinya adalah org bawahan... erm specifically... 'akar"

mereka inilah yang "menjalar" kesana sini mencari sumber untuk menjadikan impian ketua sebagai kenyataan...

kadang2 ketua duduk di kerusi empuk dengan bilik sendiri... walhal orang bawahan duduk di dimeja kecil yang hanya dihadang dengan partition... erm yep betul... ketua layak berada ditempatnya kerana ketua punya lebih kelulusan... =) tidak saya nafikan itu... mana ada organisasi yang ketuanya tidak punya bilik sendiri...

erm tp saya mahu bertanya? bukankah orang bawahan ini layak diberi penghargaan? layak diucapkan terima kasih?

bukanlah diminta imbuhan jutaan ringgit... cuma pengetian... erm bila berkeperluan, dipermudahkan... bila dalam kesusahan disenangkan... itu sahaja...

erm bila kita membuka ruang... insyaAllah, orang bawahan akan lebih bersemangat meneruskan perjuangan... demi nama ketua... =)

erm terima kasih tidak terhingga kepada mereka2 yang pernah menjadi ketua saya... erm sesungguhnya saya merasa sangat terbela... saya merasakan sangat dihargai... terima kasih... sesungguhnya saya sungguh gembira bekerja untuk kalian... cuma saya kadang2 fedup bila terpaksa melakukan kerja yang sama berulang2 kali... erm atau mungkin kerana suasana ini sudah terlalu biasa... dan saya harus mencari suasana baru... =)


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: