Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 29, 2011

Dialog Dua Sisi Dalam Hati...

saya mencintainya sepenuh hati saya... saya tak mungkin dapat membayangkan bagaimana dan apa yang akan berlaku kepada saya sekiranya dia menjadi milik orang lain... sebenarnya saya takut untuk kehilangannya... saya risau dia jatuh cinta pada orang lain...

bagaimana kalau setelah saya ditakdirkan memiliki dia, dan akhirnya saya mendapati sifat yang ada padanya tidak sesuai dengan saya... bagaimana dengan perbezaan antara kami... mungkin apa yang dia suka, tidak saya sukai... dan apa yg saya sukai tidak dia sukai... mungkin juga ada tindakan saya yang menyebabkan dia kecewa dan begitu juga sebaliknya...

hati adalah kurniaan Allah... jodoh adalah ketentuan Allah... perbezaan menjadikan hubungan lebih indah dan berwarna warni... harus belajar cuba untuk memahami dan menerima segalanya...

erm cakap mmg senang... nti bila dah jadi baru la pening kepala... orang sekeliling mesti akan ckp... erm "dah ko yang nak sangat kat dia... erm skang terima la akibatnya".. itu belum lagi fikir patut ke tidak beritahu dia perasaan hati... agak2 patut tak saya beritahu dia... bagaimana kalau saya beritahu dia dia akan pergi meninggalkan saya atau menjauhi saya mcm yang pernah dia buat dulu...

terima dengan hati yang redha... insyaAllah... Allah ada jalan yang terbaik... kalau dia pergi... ertinya dia bukan jodoh kita...

tapiiiiiii saya tak mahu kehilangan dia...


***itulah yag dua sisi hati saya bualkan hampir setiap hari...***

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: