Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 9, 2011

Marah Bukan Kebencian...

hari ini saya telah menghalau seorang pelajar kelas sains saya keluar dari kelas... bukan tidak warning... tp sudah berkali2 saya beri amaran... kalau tidak mahu belajar sekalipun, tidak apa asalkan jangan mengganggu rakan lain dan guru yang ingin belajar dan mengajar... kalau rasa tidak boleh duduk diam... keluar dari kelas saya...

tapi pelajar ini merasakan amaran saya suatu ucapan biasa... ancaman yg tidak memudaratkan... saya harus bertindak tegas... saya terpaksa menyuruh beliau keluar dari kelas saya...

seluruh kelas menjadi senyap... diam... dan membisu... mungkin ramai yang tak pernah tengok saya menyinga... =)

tapi Alhamdulillah... kali ini saya berjaya neutralkan suasana... lawak saya menjadi... dan ketegangan yang dirasakan oleh pelajar lain dapat dikurangkan... mungkin selepas ini saya harus memanggil murid yang saya halau ini utk berbincang dari hati ke hati...

ingatan saya... bukan apa... ada juga antara follower saya merupakan murid2 dan pelajar2... ingatan saya cuma satu... marah bukan tanda kebencian... tapi marah adalah tanda sayang...

cikgu sayang kamu... sebab itu cikgu marah... kalau cikgu benci... cikgu dah buat tak tahu pada kamu... buat apa cikgu nak pedulikan orang yang cikgu benci... tapi masalah cikgu adalah, cikgu sayang kamu... sebab itu cikgu marah... sebab cikgu mahu kamu jadi orang yang lebih baik... cikgu harap kamu faham...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: