Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 10, 2011

Akan Bahagiakah Aku?



kadang2 tertanya2... adakah saya akan menemui kebahagian... rasanya bukan saya sahaja yang tertanya... orang lain dan hampir semua orang didunia ni pun tertanya2...

kadang2 kebahagian ditafsirkan berbeza2... tp kita cenderung untuk melihat diri orang lain sebagai bahagia... 

lihat orang berkahwin, kita kata dia bahagia, sedangkan kita tidak

lihat orang baru punya anak, kita kata dia bahagia, sedangkan kita tidak

lihat orang baru masuk rumah baru, kita kata dia bahagia, sedangkan kita tidak

pendek kata bila kita melihat orang lebih dari kita, kita akan kata dia lebih bahagia dari kita...


entah la... sebenarnya saya pun selalu berfikir mcm tue... walaupun saya tahu hakikatnya kebahagiaan adalah ukuran subjektif... ukuran yang tiada skala... kadang2 kita melihat dia memliki segalanya, dan kita kata dia bahagia... tp disebaliknya kita tidak tahu apa yang ada dalam hatinya...

sama juga dengan kita, orang melihat kebahagiaan kita walaupun sebenarnya kita tak bahagia...

saya mahu hidup bahagia... tidak kira apa anggapan orang pada saya.. dan dah banyak blog and website yang saya search tentang bahagia... dan hanya satu ayat yang saya jumpa di setiap blog...

"kebahagiaan adalah pilihan... dan kita harus memilih untuk bahagia..."

yep... saya akan sentiasa memilih untuk bahagia... walaupun apa yang saya mahukan untuk bahagia itu belum menjelma...

kadang2 mungkin apa yang kita sangka baik untuk kita, sebenarnya tidak... saya faham konsep itu... cuma kadang2 saya buat2 tak faham...


p/s: tak faham kenapa encik S tak reply SMS saya... adakah kerana dia marahkan saya atau dia dalam kesulitan ?

p/s2: saya mohon, kalau marah sila bagitau saya sebab kalau diam, saya tak akan tahu... dan kalau awak dalam kesulitan, saya doakan moga awak dipermudahkan dan diberi kekuatan untuk mengharungi kesulitan tersebut...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: