Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 5, 2011

Al - Fatihah

terpanggil untuk buat entri tentang dia... erm beberapa tahun sudah... berlaku satu kemalangan di simpang tiga Alor Sena... specifically depan jalan besar masuk ke kampung saya... kemalangan itu meragut nyawa 4 orang... 3 beranak dan seorang anak jiran... 3 beranak tersebut adalah ibu, ayah dan seorang pengantin lelaki... erm mengapa pengantin lelaki?

kerana kereta tersebut baru sahaja pulang daripada majlis akad nikah pengantin tersebut... peristiwa itu berlaku kira2 4 jam selepas akad nikah... erm kisah itu sangat menggemparkan... dan paling menyayat dan menyentuh hati adalah... bapa, ibu dan adik (pengantin lelaki) yang meninggal tersebut adalah ibu, ayah dan adik seorang rakan sekolah saya waktu di Derma... Dr. Mohd Hafiz bin Abdul Kadir...

dan hari ini... specifically baru beberapa minit yang lepas saya menerima berita di Facebook (inilah antara kebaikannya berfacebook) yang mengatakan bahawa Dr. Mohd Hafiz Bin Abdul Kadir pula telah pulang kerahmatullah...


doa saya moga Allah menempatkannya dalam golongan hambaNya yang beriman dan bertaqwa... takdir Allah bukan kuasa kita untuk melawan... kita harus redha... doa saya juga moga isterinya tabah dan kuat... panjang lagi perjalanan yang hari ditempuhinya bersama dengan anaknya... doa saya moga dia kuat... kehilangan suami adalah suatu kehilangan yang besar... walaupun kita punya ibu bapa... saya mengerti walaupun saya masih belum bersuami...

Allah lebih menyayangi sahabat kami itu... Allah mahu dia pergi dahulu sebelum kami dan mungkin sebenarnya Allah sedang mengingatkan kami bahawa kehidupan dan kematian itu hanya dipisahkan oleh satu garisan halus yang kita langsung tidak nampak... dan mungkin sebenarnya kita sudah semakin hampir dengannya...


Al - Fatihah untuk Arwah... moga Allah merahmatimu... insyaAllah



"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

4 comments:

i'm wifey SZ said...

Baru dpt msg dr Ella, Al-Fatihah.

syahNURazni said...

azura... erk baru pasan yg ko dah follow blog ku inih... huhu... erm aku doakan sangat wife dia kuat... huhu... rasa2 kalau close dgn wife dia, aku nak pegi jumpa dan peluk2 dia erat2... huhuhu...

i'm wifey SZ said...

ha aku la yg ke 50 kot. Saja jengah2 blog sbb kat opis tak leh bukak FB dah. wife dia bukan satu sekolah kan? Klu aku dah meroyan dah. Aku pun doakan wife dia tabah. Amin.

syahNURazni said...

hehehehe... erm a ah wife dia bukan sekolah kita... huhu... maybe la kan... kadang2 x leh nak trace follower ke berapa...