Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 11, 2011

Hamba Bersyukur Pada Mu...

entah kenapa hati saya tersentuh... sejak dua tiga hari ini saya rasa tenang walaupun kerja bertimbun2 dan berpusu2 datang...

mungkin kerana saya merasakan sejak akhir2 ini saya semakin dekat dengan Allah... entah kenapa orang2 disekeliling saya juga sering berbicara persoalan Allah, Muhammad SAW, dan Islam...

dimanakah titik mulanya? adakah persekitaran mempengaruhi hati, atau hati mempengaruhi persekitaran?

saya akui saya tidak sebaik mana... saya belum cukup untuk dipanggil solehah... saya hanya manusia biasa yang kadang2 saya ingat dan kadang2 saya lupa...

bersyukurlah mereka yang lahir dalam ruang lingkup yang islami... walaupun sebenarnya saya tahu... dimanapun kita berada, dilahirkan, dan dibesarkan... hati yang menjadi penentu segala... diri sendiri yang menentukan pilihan...

tajuk entri ni adalah berkaitan dengan video ini... saya cuba masukkan video nya disini tetapi tidak berjaya...

bila melihat video yang dishared kat oleh Ustazah Norhaslina Jusin (isteri kepada Ustaz Zaharudin Mat), saya teringat kepada kisah housemate saya di UMS yang terpaksa menyembunyikan keislamannya apabila memeluk islam dibawah umur...

dan tiba2 timbul kesyukuran dalam hati saya kerana lahir dan dibesarkan dalam keluarga Islam...

saya tidak perlu merahsiakan agama saya... saya tidak perlu menyembunyikan agama saya... saya bebas memakai tudung... saya bebas berbicara soal agama dan belajar agama islam...

tapi kadang2 saya tidak menghargai anugerah itu... saya selalu lupa... kenapa? kerana saya tidak berusaha untuk mendapatkannya... saya sudah ada sejak azali lagi... berbeza dengan housemate saya... dia berusaha untuk mendapatkannya... bergadai nyawa untuk mencari kebenaran... maka apa yang dia miliki kini amat manis dan berharga untuk diabaikan...

ya Allah... ampunkan hamba... kerana hamba lupa padaMu... ampunkan hamba kerana hamba lalai dari mengingati Mu... ya Allah, hamba muhon... kuatkan hati hamba untuk sentiasa mengingatiMu selepas ini... jadikan hamba insan yang sentiasa istiqamah dalam mengingati Mu...

ya Allah... hamba akan berusaha untuk menjaga anugerah ini... walaupun hamba tidak pernah bersusah payah mendapatkannya...



"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: