Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 20, 2011

Menyusuri Lorong Kehidupan...

hari ini gaji... yeah!!! setelah hidup dengan hanya RM30 ringgit selama hampir 2 minggu (jgn bagitau mak saya tau, saya tak mahu dia risau), akhirnya saya rasa bebas... hehe

erm jadi hari ini lepas sekolah saya tros pegi bayar bil telefon, broadband dan tros ke jusco... niat di hati nak ke MPH...

di MPH, ada banyak sangat buku yang menarik jiwa saya... hinggakan saya keluar dengan tangan kosong sebab tak tahu mana yang terbaik untuk saya beli... hehe tapi itu cuma alasan, jawapan terbaik kenapa keluar dengan tangan kosong adalah kerana hati memujuk supaya saya tidak membeli buku kali ini sebab banyak keperluan lain yang perlu didahulukan... contohnya, balik kampung hari raya Aidiladha... sangat perlukan duit yang banyak...

erm setelah berpoya2 di MPH dan berjaya membeli CD Raya Tak Jadi... maka saya turun ke food court untuk membeli makanan... erm menu pilihan saya adalah Yong Tau Fu... agak sedap dan menarik... tp bukan itu yang mahu saya ceritakan... yg saya nak sharekan adalah mengenai sebuah keluarga di hadapan saya ketika saya makan...

actually saya juga tak pasti adakah mereka sebuah keluarga atau mereka kenalan... ada dua pasang suami isteri yang masing2 punya seorang anak... mula2 lihat keluarga ni sama sahaja seperti keluarga2 yang lain... tp bila mereka sudah berkemas2 untuk bangun meninggalkan meja, saya tertangkap sesuatu... rupanya keempat2 mereka adalah OKU (orang kelainan upaya), keempat2 mereka bisu... sebab saya tidak melihat mereka berbicara bila berkomunikasi... mereka hanya menggunakan bahasa isyarat...

dalam hati timbul pelbagai persoalan... adakah anak mereka (sungguh2 comel) juga bisu? kalau dia tak bisu, bagaimana dia nak berkomunikasi dengan ibu bapanya nanti?

memikirkan itu, saya bersyukur lahir dalam keluarga yang sempurna... saya bersyukur lahir dalam keluarga yang normal...

dan waktu itu juga saya terfikir kata2 kak ida waktu saya balik ke rumahnya 2 minggu lepas... kadang2 bahasa isyarat ini perlu... mungkin dalam keluarga kita tak berkeperluan untuk menggunakannya... jadi kita rasa tidak perlu belajar... tetapi menghadapi dunia luar yang penuh cabaran dan manusia yang pelbagai ini... rasanya kita perlu untuk pelajari ilmu itu...

mungkin lepas ini kita boleh ambil kursus bahasa isyarat... bukan la nak sampai master... tp cukup sekadar boleh berkomunikasi dan at least kita memahami mereka2 yang istimewa ini... kadang2 golongan ini merasa tersisi kerana perbezaan yang ada pada mereka... mungkin kita boleh samakan perbezaan itu dengan mempelajari sesuatu yg boleh menyamaratakan kita dengan mereka... =)

renung2kanlah...

ini kalau x salah maknanya puasa...


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: