Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 12, 2011

Moga Allah Membuka Pintu Hati Kalian...

berada dalam kelas ini 2 masa (1 jam) umpama berada disini seribu tahun... hati asyik terbakar sahaja... mungkin Allah sedang menguji saya... menguji sejauh mana kesabaran saya... tp adakah saya akan tetap kuat menghadapi cabaran ini? ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini...

semalam saya di kelas yang sama selama 1 waktu (35 minit)... saya memulakan kertas peperiksaan... baru kertas peperiksaan bermula... 3 pelajar dibelakang sekali mula bercakap... suara sengaja di kuatkan... seperti sedang provoke saya untuk menengking atau menegur mereka supaya diam...

tapi saya cuba tahankan diri... sebab saya tahu kalau saya bersuara, pasti gamat satu kelas akan bising... jadi saya tahankan sahaja...

hari ini awal pagi... saya dah menerima berita tak best... saya kena ganti PK HEM untuk majlis esok... terus terang SAYA BENCI MENJADI GURU PENASIHAT KELAB PENCEGAHAN JENAYAH...

TOLONG LA!!! tahun depan bagi pada orang lain... saya disuruh setting backdrobe... I HATE DOING KERJA ORANG YANG TERTANGGUH!!!

then pagi ini juga saya kena masuk kelas itu lagi... mulakan kertas Bahasa Melayu 1...

bila dah distribute paper... saya bagi hint... bagi guideline macam mana nak jawab since mereka ni mmg x akan dapat jawab...

tp as usual bila saya kata boleh mula menjawab... semua tido dan 2 makhluk Allah ni masih bercakap... mahu saja saya tulis di papan putih tu...

"HANYA ORANG GILA YANG BERCAKAP WAKTU PEPERIKSAAN"

tapi saya malas nak timbulkan kekacauan, jadi saya postkan di wall FB saya... huhu... dalam hati mendidih... berdoa moga Allah beri saya kekuatan dan kesabaran... dan dalam hari juga berdoa moga Allah membukan pintu hati mereka utk belajar bersungguh2...

Ilmu tu bekalan dunia... perhiasan bila kita kaya... dan pakaian bila kita miskin...

kadang2 saya pun hairan... actually saya tak salahkan budak2 ni... sebab mereka jadi begini kerana IBU BAPA mereka... mereka ni sebenarnya kurang kasih sayang, kurang perhatian... mak ayah sibuk bekerja cari duit... so anak2 terbiar tanpa kasih sayang... bila datang sekolah nak raih perhatian cikgu... tp masalah juga... bila cikgu bagi perhatian.. dia pulak berlebih2... mengada2... meluat pulak cikgu...

huhu saya tak la sesabar ini dulu... mungkin sekarang saya sedang belajar untuk sabar... doakan saya mempunyai kesabaran yang tinggi...

tp dari pandangan cikgu... biar la murid tu tak bijak tapi masih mahu belajar... insyaAllah cikgu akan didik... tp kalau murid tu x bijak, tapi x nak belajar and kurang ajar pulak... cemana nak didik?

ada pula sesetangah mereka ni sebenarnya dah x nak sekolah dah pun... tapi desakan ibu bapa menyuruh mereka ke sekolah... dipaksa melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu dan tidak minat...  jadi?!

kita yang tua ni pun x suka dipaksa dan disuruh... ape tah lagi mereka yang remaja dan berdarah muda nih...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: