Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 2, 2011

~~Rantai Silaturrahmi~~

malam ni chat dengan seorang sahabat lama... erm specifically KiubMate masa kat MRSM... dia minta address untuk anta poskad... TAHNIAH untuk Qhalilah... akhirnya bertemu dengan si tulang rusuk... moga bahagia hingga ke syurga...

sembang punya sembang... Qhalilah bagitau yang bakal suami dia is budak MRSMB juga... erm terkejut dan penuh tanda tanya siapakah dia...

desak punya desak, akhirnya diberitahu jugalah namanya dan saya mmg kenal dengan mamat nih sebab kami bukan sahaja satu MRSMB tapi juga satu matrix, satu kuliah and satu amali... tutorial x pasti pulak... maybe sama la juga kot... Azmir Iqbal namanya...

erm masin mulut cikgu Salim, batch 15 akan banyak berkahwin sesama mereka sebab time kat maktab dulu putera and puteri selalu gaduh...

oke bukan itu yang nak saya ceritakan walaupun konklusinya nti juga berkisar ttg jodoh juga... tp ceritanya begini...

sengaja tadi saya pun menengok la FB Qhalilah dan Azmir... and paling best bila tgk FB Azmir, saya nampak satu gambar family and teringin nak usha... bila saya tgk baru saya tau yang Azmir ni ada kembar, and paling best lagi kembar dia juga berkahwin dengan kawan saya... ahahaha kawan satu matrix... means azmir pun kenal la dengan budak tu, walhal kembar dia bukan satu matrix dengan kami...

sungguh kecil putaran silaturrahmi dalam dunia ni... kawan saya kawan kamu, suami saya kawan kamu, isteri saya kawan kamu... mcm2 cerita...

persoalannya adakah jodoh ni sebenarnya berada disekeliling kita sahaja? erm saya nak cari kat mana ya encik tulang rusuk saya nih?

persoalan kedua yang timbul adalah... time kat maktab dulu pernah x Azmir Iqbal dan Qhalilah terfikir yang mereka akan berjodoh?

miracle kan? kuasa Allah...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: