Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 8, 2012

Sogo Sale...


hari ini Sabtu pertama dalam 2012, sabtu pertama dalam cuti persekolahan, bukan juga bermakna harus rehat dirumah... tetapi sabtu pertama ini penuh dengan aktiviti disekolah... pagi saya bangun (walaupun tak terlalu awal seperti mahu ke sekolah), bersiap dan bersedia utk ke sekolah... ada gotong royong... sepatutnya gotong royong bermula jam 8.30, tp saya tiba disekolah jam 9.00 pagi... 

sejak berpindah ke bilik guru atas... kami rakan2 guru telah bersepakat untuk membuat sedikit perubahan untuk melapangkan bilik guru yang nampak sesak mcm stor tue... dan Alhamdulillah, misi kami hampir berjaya!!! yep, satu sahaja kuncinya... kerana kami punya seorang ketua yang boleh bergerak dan menggerakkan... tahniah buat kak Asiah... walaupun ada beberapa perkara yang kadang2 kami tidak sealiran... tp saya amat menyokong apa yang cuba beliau lakukan utk melapangkan bilik guru tersebut...

lepas gotong royong, tros sambung meeting disiplin... tahun ini lebih banyak cabaran yang bakal kami hadapi... moga kami diberi kekuatan dan kerjasama untuk membentuk anak didik kami menjadi insan yang lebih baik... InsyaAllah...

meeting selesai dalam jam 1.30 petang... saya, kak azrina, kak aini, kak noridah dan kak zulailah bersiap untuk keluar makan... sebenarnya, waktu memangku jawatan PK HEM dulu, saya pernah berjanji kalau ada rezeki elaun memangku masuk, saya akan belanja mereka makan... plan asalnya nak ronda2 The Curve... tp last2 minute tukar plan, and kami pegi The Great Eastern Mall, makan kat Cosy House...


makan2, sembang2 sampai jam 3.30 petang... then we go for solat zohor and the plan nak balik... but suddenly bila kat Guardian tingkat bawah menuju ke parking tu... kak azrina came out with the idea nak pegi Sogo since ada Sogo Card sale... actually, saya tak minat sangat nak pegi... tp bila suara majoriti semua nak pegi... so ikut saja lah... =)

sampai depan Sogo, tengok orang mcm ulat... penuh sesak pintu depan... parking Sogo penuh... the kami decide nak parking kat belakang Gulati's... 4 kali pusing tak boleh masuk... last skali, Kak Azrina keluar and minta penjaga parking tu bukakan kon untuk kereta kami masuk... actually masih ada parking kosong, cuma dia nak tunggu banyak kosong baru buka kon tu semula... Alhamdulillah berjaya... 

dalam Sogo, mmg sesak orang... jalan sana ada orang, jalan sini ada orang... erm pening la juga... haish... tp dalam pening2 tue sempat la juga grap satu beg... hehehehehehehehehe... =)

for me... its a great experience... bukan pengalaman shopping time Sogo Card Sale, tp pengalaman manis bersama rakan2... its come coincidently and would never been repeated again... sama mcm breakfast kat meja bulat, di kundasang... even we tried to repeat and feels the moment for the 2nd time... it would never be the same... cuma kenangan sahaja yang buat kita tersenyum... =)

bukan senang nak keluar bersama2... mungkin nanti semua dah mula sibuk... lagi pula masing2 dah berpecah2 di tempat2 berbeza... =(

insyaAllah, pasti ada hikmah disebalik segalanya... saya yakin dengan ketentuan Allah...

p/s: siapa "dia' dlm status2 encik S? entah la... saya merasakan seperti apa yang saya takutkan akan berlaku.. mungkin saya harus melepaskan encik S, and kali ini mungkin utk selamanya... 


Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: