Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 9, 2012

~Positive~

lokasi: 4 aktif
masa: 10.20 pagi hingga 11.30 pagi

waktu ini saya sedang menanda kertas sains 4 ehsan... sedangkan pelajar 4 aktif berusaha belajar untuk paper matematik yg akan bermula jam 11.40 pagi...

awal2 masuk ke kelas tersebut, saya cuba merasionalkan beberapa pelajar bahawa mereka adalah sama rata... tiada yang dipandang jahat dan tiada yang dipandang baik... tiada yang dipandang bodoh dan tiada yang dipandang pandai... tetapi jati diri sendiri yang membina benteng kejayaan...

serius saya selalu membawa perumpamaan saya dan adik saya dalam setiap batch yang saya ajar... saya selalu ingatkan mereka walau dimana pun mereka berada, asalkan mereka kuat dan tabah... asalkan mereka rajin berusaha, insyaAllah kejayaan akan menjadi milik mereka... sepertimana adik saya... =)

bebelan saya adalah kerana mereka semua tidak bersetuju dengan tindakan penukaran kelas...

akhirnya beberapa pelajar dapat menerima kerasionalan kisah saya... dan saya berharap seorang pelajar yang amat protes dengan apa yang berlaku pulang dan memikirkan kerasionalan kisah saya... saya berharap mereka kuat... saya berharap mereka mampu menghadapi semua kepayahan ini untuk menghadapi kenyataan bahawa segalanya telah ditentukan.

oke... itu cuma mukaddimah saya sahaja... ini yg sebenarnya mahu saya ceritakan...

sedang saya menanda kertas seorang pelajar... datang beberapa pelajar perempuan untuk melihat saya menanda...

sengaja saya biarkan mereka... bila saya sudah menanda kertas tersebut, saya menjumlahkan markah dan pelajar ini mendapat 50%+- , dan saya selalunya meletakkan kredit dan kata2 semangat kepada pelajar yang mendapat 40% keatas... memandang memang payah nak bertemu dengan mereka yang lulus...

sedang saya menulis pujian saya diatas kertas pelajar tersebut... seorang dari pelajar perempuan menegur saya...

"ala cikgu, dorg ni dapat markah tinggi sebab meniru cikgu..."

saya terdiam... tp meneruskan kata2... "awak nampak ker dia meniru?" soal saya... dalam hati memang saya tau dia memang tak nampak sebab mereka dari kelas yang berbeza

pelajar ini diam, tp cuba mengalih persoalan "ala cikgu, saya tau la, dia memang suka meniru, masa tahun lepas dia sekelas dengan saya... kuat meniru budak nih..."

saya tekankan persoalan awal saya untuk beliau jawab "sekarang, saya tanya, awak ada nampak ker pelajar ni meniru dalam peperiksaan ini?" soalan saya kali ini bernada lebih keras

akhirnya pelajar ini akur... dan menjawab... "x nampak la cikgu..."

dan sebenarnya itulah jawapan yang saya mahukan

"jadi... bila awak tidak nampak dia meniru, awak tidak boleh membuat tanggapan negatif kepada dia dan kepada orang lain... saya juga tidak pernah meletakkan impression kepada pelajar2 saya, sehinggalah mereka menunjukkan bahawa mereka sebegitu..."

saya menyambung dengan bertanya "dan kalaupun pelajar ini melakukan kesilapan, adakah beliau tidak layak berubah dan dimaafkan?"

pelajar ini memberikan jawapan yang amat mengejutkan...

"yer la kot..." mendengar jawapan beliau saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan pelajar ini... harus dimonitor dengan lebih selepas ini...

"masih ingatkan saya mengajar kamu topik yang lepas tentang minda... orang yang berminda sihat adalah orang yang berfikiran positive, dan orang yang berminda tidak sihat adalah orang yang berfikiran negatif... kalau kamu selalu melihat orang dengan pandangan yang negatif, kamu selalu merasakan orang lain salah dan tak betul, kamu akan rasa tidak tenang... cuba belajar melihat sesuatu dari sudut yang positif dan cuba memaafkan orang walaupun payah... dan insyaAllah kamu akan merasa tenang..." saya berhujah panjang lebar

"ye ker...." jawab pelajar ini acuh tak acuh...

saya tahu dia malu sendiri dan ego untuk menerima kesilapan... tp doa saya moga beliau faham apa yang saya ingin sampaikan...

mungkin kadang bila berada dalam persekitaran yang negatif, kita akan cenderung untuk berfikiran negatif... sebab tu kita digalakkan untuk berfikiran positif, berkawan dengan orang yang positif dan berjaya... supaya kita menjadikan mereka sebagai ikutan...

saya bersyukur saya dilahirkan dalam keluarga yang baik dan positif... dan berada di sekeliling mereka yang positif... saya berharap dapat membantu kebanyakan pelajar saya yang sebenarnya mengalami "penyakit hati"

mereka ini kekurangan ilmu dan makanan rohani... doa saya moga mereka dilindungi Allah daripada melintasi garisan dari positif ke negatif... insyaAllah...



"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: