Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 7, 2012

Punya kekuatan atau enggak?!

katakanlah anda suka atau jatuh cinta dengan seseorang... untuk beritahu hasrat hati anda tu pada yang empunya diri memang tak la kan... tapi tiba2 ada pulak hamba ALLAH yang sudi membantu mengenalkan anda dengan insan tersebut... persoalannya... adakah anda punya keberanian untuk menyatakan hasrat anda kepada hamba ALLAH itu untuk minta dia membantu anda? yakinkah anda yang hamba ALLAH itu dapat membantu? dan bagaimana pula anda percaya pada hamba ALLAH itu bahawa urusan itu sulit dan rahsia sehingga sebenar2nya terjadi...

sungguh!!! saya cukup bermasalah untuk mempercayai manusia... dan sungguh!!! saya sangat pesimis mengenai hubungan cinta... banyak yang saya persoalkan... sampai ke anak cucu saya persoalkan... bagaimana kalau hubungan ini tidak berjaya? salah siapa? salah tukang 'kenen' atau salah saya... bagaimana kalau awal2 lagi orang tu cakap kat hamba ALLAH ni yang dia tak suka kan saya... bagaimana saya nak berdepan dengan si dia dan bagaimana saya nak berdepan dengan hamba ALLAH...

huhu... otak sarat memikirkan semua nih...


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: