Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 19, 2012

Annoying!!!

saya meluat sangat dengan manusia yang suka menunjuk2...

saya meluat sangat dengan manusia yang nak cakap sesuatu tapi tak cakap2...

saya meluat sangat dengan manusia yang pandai menasihati orang, tapi diri sendiri pun sebenarnya lebih kurang jek...

saya meluat sangat, bila orang bercakap beramai2... then ada plak sorang mencelah dengan suara kuat mcm petirrrrrr...

saya meluat sangat bila bercakap dengan orang yang semuanya dia pandai, semuanya dia tahu dan semuanya dia hebat... walhal sebenarnya dia tu buat2 saja...



"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Wednesday, April 11, 2012

~~ Chenta Itu Sungguh Pekak... ~~

pagi yang sungguh indah... cuti yang seketika ini sungguh menyenangkan... tambahan pula hujan yang lebat di pagi hari... sedap tarik selimut... oooo bahagianya...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Wednesday, April 4, 2012

~~Sawan~~

kisah pagi ini cukup melucukan dan mencemaskan... saya masuk ke kelas tingkatan 5 waktu pertama dan kedua... memang waktu saya, mata pelajaran latih tubi sains... saya masuk dan memberi pelajar soalan... kelas bersama pelajar tingkatan 5 ini, cuma 2 waktu seminggu... dan selalunya saya akan buat ulangkaji sains tingkatan 4.

jadi sebelum saya mengajar, saya berikan mereka soalan supaya mereka dapat terlebih dahulu dan kemudian baru lah dibincangkan pada waktu kedua.

sedang pelajar membuat kerja dan saya berada di hadapan kelas... saya mendengar pelajar bising dan menjerit... "cikgguuuuuuuu.... XXXXX sawannnnnn..."

saya terus mengangkat muka... dan melihat pelajar telah berlari menjauhi pelajar tersebut, sambil beberapa pelajar yang berani, memegang pelajar tersebut yang kekejangan...

saya bingkas bangun, dan mati akal... terpacul persoalan... "so?! apa yang patut saya buat?" dan mendengar respons saya... semua pelajar ketawa...

seorang pelajar bersuara... "cikgu, datang la dekat sini, tolong..."

ada suara lain pula menyahut... "cikgu, picit ibu jari kaki dia cikgu..."

saya pun menyuruh pelajar perempuan membuka tudungnya dan mengipaskan pelajar tersebut... dan meminta pelajar membukakan kasutnya dan saya membukakan kasut pelajar tersebut... dan memicit2 ibu jari kakinya...

sambil memicit saya bertanya kepada pelajar lain, pernahkan situasi ini berlaku? dan mereka menjawab pernah...

ada juga pelajar yang mencadangkan agar saya menghubungi ibu bapa pelajar ini... saya juga memikirkan perlu... dan saya terus menghubunginya... dan ibu pelajar tersebut berkata bahawa beliau akan datang...

tapi saat ibu beliau datang, pelajar ini telah sembuh... tetapi saya meminta ibunya membawa pulang anaknya... sebelum berpisah... saya bertanya kepada ibunya... andai itu berlaku lagi... bagaimana harus dilakukan... dan ibunya berkata, doktor menasihatkan untuk memicit ibu jari kakinya...

dan Alhamdulillah peristiwa hari ini memberi saya satu lagi pengalaman baru... =)

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Tuesday, April 3, 2012

Lara Hati Seorang Ibu...

Hari ini, sewaktu gap antara 2 kelas, saya berhenti menghelakan penat di bilik disiplin... sedang saya mula untuk membuka jagung yang dibeli di kantin, ada seseorang datang mengetuk pintu bilik disiplin...

saya yang berdekatan, bersuara menyuruh masuk, mengingatkan bahawa pelajar yang ada urusan... rupanya bila daun pintu dibuka, berdiri seorang perempuan...

"Assalamualaikum cikgu... saya ingin bertanyakan perihal anak saya..."

kerana tiada sesiapa di bilik disiplin, maka saya mempelawa ibu tersebut masuk...

"masuk puan... boleh saya tahu anak puan nama apa dan dari kelas mana?"

ibu tersebut menyebut nama anaknya dan kelas anaknya... dan kebetulan pula saya merupakan guru tingkatan pelajar tersebut...

sang ibu bercerita perihal anaknya yang tidak mahu datang ke sekolah dan sukar dikawal lagi... dirumah juga sudah tidak boleh dikawal...

saya melihat air mata si ibu mula keluar... dalam hati berkata... "saya harus kuat..."

maklumlah, saya juga tidak boleh melihat air mata orang lain, sebab air mata ini mudah untuk keluar...

saya menceritakan perihal anaknya di sekolah... pada saya, anaknya tidak bermasalah dari segi disiplin, tidak seperti pelajar lain yang biadab, merokok dan sebagainya... masalah anaknya adalah tidak datang kesekolah.

si ibu berkata bahawa beliau mahu memberhentikan anaknya dan bertanyakan pendapat saya...

saya menyuarakan bahawa kalau itu yang beliau rasakan terbaik untuk anaknya, apa lagi yang saya boleh katakan... dan saya juga menyatakan bahawa sekiranya anaknya tidak hadir ke sekolah, kesannya akan menjadi lebih buruk. cukup waktu, berkemungkinan anaknya akan dibuang sekolah dan itu mendatangkan rekod yang buruk dalam sijil berhenti sekolah anaknya...

setelah menerangkan panjang lebar, saya membawa si ibu ke pejabat untuk menguruskan urusan berhenti sekolah anaknya.

saya memberikan borang untuk beliau tandatangan... saat inilah yang meruntuhkan hati saya...

tatkala sang ibu memegang pen untuk menandatangani borang berhenti sekolah tersebut, air mata beliau jatuh tak tertahan... sambil menangisi sikap anaknya...

ya... dalam hati saya, berasa sangat lara... saya merasakan bahawa seluruh jiwa keibuannya tersentuh... saat itu sebenarnya saya mahu anaknya melihat, betapa luruhnya hati ibu, betapa kecewanya hati ibu mengenangkan perlakuan anak...

si ibu mengambil masa yang cukup lama untuk menurunkan tandatangan... saya membiarkan sahaja si ibu mengambil masa dan mengumpulkan kekuatan... dan setelah beberapa lama... beliau akhirnya menurunkan tandatangan bahawa beliau bersetuju memberhentikan anak beliau kerana kehendak keluarga.

saya menasihatkan beliau berbincang dengan suami, dan mempertimbangkan untuk menghantar anak beliau ke pusat pembentukan akhlak atau sekolah agama atau mana2 sekolah pondok. berkemungkinan anak beliau akan dapat berubah, InsyaAllah.

pada akhir pertemuan kami, sang ibu mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kalau2 anak2 ada melakukan kesilapan pada saya...

sungguh, dalam hati saya berkata... mengapakan si ibu yang sebegini baik, di uji Allah untuk mendapat anak yang sebegitu teruk... hanya Allah yang maha mengetahui... dan saya mendoakan sang anak di lebutkan hati dan diberikan hidayah oleh Allah untuk menjadi anak yang soleh... InsyaAllah...

benarlah kata2... Iman tidak dapat di warisi dari seorang bapa yang bertakwa kepada anaknya... dan saya melihat cukup banyak contoh di sini... =)


moral mengapa saya letakkan entri ini adalah:
1. sayangilah ibu dan ayah kita seadanya, kerana mereka mengharapkan yang terbaik buat kita
2. bayangkan seluruh isi dunia akan runtuh saat jatuhnya air mata ibu menangis kerana kita
3. jadilah anak yang "disekolahnya menghormati guru, dan dirumahnya menghormati ibu bapa" itulah qoute terbaik yang saya dengar dari ibu tadi... dan saya yakin, itulah harapan semua ibu kepada anaknya...
4. bayangkan apa akan berlaku kepada kita sekiranya sang ibu berkecil hati dan kecewa kepada kita... Nauzubillah, sungguh saya takut untuk membayangkannya...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"