Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 11, 2012

Berubah Itu Pahit...

lama tidak update... kerana tiada cerita menarik...



hingga saat ini juga saya tidak punya cerita menarik...

sebenarnya diri sangat sibuk menyiapkan fail2 Kelab Pencegahan Jenayah untuk pemantauan yang sepatutnya berlangsung semalam dan hari ini... 

Alhamdulillah fail berjaya disiapkan pada hari isnin... walaupun ada beberapa kekurangan, saya berhasrat untuk tidak menambah lagi... sebab itu sahaja yang ada... dan biarlah penilai menilai kekurangan itu seadanya... saya redha... insyaAllah kalau diberi peluang, saya akan cuba untuk memperbaiki keadaan yang ada...

sebenarnya dalam kepala saya ada sejuta macam angan2 dan perancangan untuk memajukan KPJ nih... tapi entah la silapnya dimana... saya tetap gagal... adakah sebenarnya saya memang seorang yang tidak "capable" untuk menjadi ketua?

bak kata seorang sahabat seperjuangan di sekolah... "saya ada mcm2 perancangan untuk St John... tapi entah, tak terbuat semua tue... mungkin saya ni bukan dilahirkan untuk menjadi ketua..."

masa tu saya mengiyakan sahaja... kerana waktu itu ada kebenarannya... tp bila saya balik muhasabah diri... saya merasakan sebaliknya... pada saya... Allah jadikan manusia sama rata... semua orang ada potensi yang saya... semua orang ada kehebatan yang sama... bezanya adalah, bagaimana dia menggilap potensi diri... mungkin cara saya menggilap potensi saya sebagai ketua itu salah... jadi saya gagal menjayakan kelab saya... mungkin sebenarnya saya harus melihat kelab2 yang berjaya diluar sana (kerana disekolah saya tiada kelab yang saya rasakan berjaya)...

sebenarnya banyak faktor lain... contohnya faktor masa... kami guru2 tidak punya waktu untuk menguruskan kelab sebab masa kami selalu dicuri oleh mesyuarat dan aktiviti2 yang lain yang sangat padat... sangat kesian kan...

tapi insyaAllah, pada tahun hadapan kalau diberikan peluang, saya akan cuba untuk berubah menjadi ketua yang baik untuk kelab saya... =)




"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: