Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 6, 2012

Lee Chong Wei...


lepas tengok kekalahan Datuk Lee Chong Wei semalam... saya terpanggil untuk buat entry ini hari ini... sebenarnya dalam hati ada satu lagi entry yang saya ingin buat... tp tunggu la... bila waktu dan ketikanya sesuai... insyaAllah akan dikeluarkan...

bukan nak bercerita tentang perlawanan semalam... tapi nak cerita satu sisi Lee Chong Wei yang kadang kita tanpa sedar tak terlihat... saya nak cerita tentang SEMANGAT LEE CHONG WEI... yang sepatutnya ada dalam diri kita...

beliau kuat, beliau tabah dan beliau antara yang terhebat... berhadapan dengan krisis kecederaan, krisis keluarga dan pengalaman kekalahan dengan Lin Dan beberapa kali tidak pernah mematahkan semangat untuk terus berusaha lagi...

semangat itu sebenarnya sangat hebat... dan bukan semua manusia ada... saya juga manusia yang tak pernah ada semangat itu... saya mudah patah semangat, mudah kecewa, mudah putus asa dan mudah melatah bila gagal... sebab tu saya tidak HEBAT... sebab tu saya hanya seorang guru sekolah menengah yang berijazah sahaja... tidak cukup hebat utk pergi lebih tinggi... 

mungkin sebenarnya kita (kamu dan saya) harus lebih memahami erti kegigihan dan tidak kenal erti putus asa... insyaAllah, kita (kamu dan saya) akan berubah menjadi manusia yang lebih baik... 

mencontohi SEMANGAT LEE CHONG WEI...




"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

1 comment:

Liza said...

Ya, setuju kecuali satu.. Hanya guru? Gurulah yg dpt menghasilkan insan seperti LCW ni. And you are not just a teacher. You are a TEACHER!! Proud of it, dear..