Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 2, 2012

3 November...

tidak pasti apa yang akan saya rasai pada 3 November... apakah saya akan bergembira mahupun bersedih... apa juga pun saya sentiasa berdoa moga Allah tetapkan hati saya untuk redha dan menerima segala keputusan dengan baik...

bak kata adik saya... kita harus berfikir yang baik2, dan bersangka yang baik2... insyaAllah... saya akan cuba bersangka baik dengan Allah... apa juga keputusan yang saya akan peroleh, itulah yang terbaik yang Allah aturkan untuk saya... tiada sebaik2 perancang, sebaik perancangan Allah...

untuk semua reader... sebenarnya september yang lepas saya telah mengisi borang EGTUKAR... memohon pertukaran ke perlis... sengaja tidak dibesarkan cerita ini kerana saya sendiri tidak yakin dengan keputusan saya waktu itu... antara kemahuan sendiri dan antara kemahuan orang lain...

waktu itu, hati saya masih mahu berada disini... disini, semuanya ada... lagipun persekitaran sekolah saya yang kadang2 menyesakkan tu tidak la seteruk mana... saya masih punya kawan2 yang sangat sayang saya... yang sentiasa bersama saya susah dan senang... saya takut nak menghadapi persekitaran baru yang mungkin akan berbeza segalanya... tapi saya harus fikirkan tentang orang lain, nak nak orang lain itu adalah ibu dan ayah saya...

sayu hati sebenarnya bila menerima perkhabaran yang kedua2 mereka demam pada bulan ramadhan yang lalu... sedangkan semua anak2 jauh diperantauan... tidak makan, tidak terjaga bagaikan orang yang tiada anak2... sayu hati bila terpaksa meminta bantuan jiran dan saudara mara... saya tahu mereka tidak kisah membantu... tetapi sampai bila... anak2 bekerja tinggi2... tapi mereka yang perlu menjaga ibu dan ayah... dalam hatiku terdetik...

tapi pada saat saya menghantar borang online tersebut... hati saya sebenarnya 200% bersedia dengan kemungkinan untuk dapat berpindah balik ke perlis... saya sudah mula membayangkan apakah yang akan berlaku dan apakah yang harus saya lakukan.. saya juga mula mencari2 apakah "entertainment" yang boleh saya buat disana nanti... langsung dalam hati tidak memikirkan kemungkinan permohonan saya akan ditolak...

sehinggalah saya menerima perkhabaran bahawa abang saya juga dapat berpindah ke sana... hati seperti berbelah bahagi... perancangan2 yang telah saya aturkan tidak ada dia dalam agenda saya... hehehe jadi mungkin keadaan akan berbeza... dan saya juga tidak menyangka ketentuan Allah itu sungguh hebat... tapi Alhamdulillah syukur sebab Allah aturkan abang utk pulang berkhidmat dikampung... sebab at least adalah harapan mak dan bapak... bersyukur sebenarnya...

dan semakin hari semakin 3 november hampir... semakin itu juga saya berdebar... saya tidak pasti adakah saya akan bergembira dengan keputusan yang akan saya peroleh atau sebaliknya saya akan menangis kerananya...

andai permohonan saya diterima, sudah pasti berat hati nak meninggalkan semua yang ada disini... berat hati nak meninggalkan kakak, abang, dan husna yang selalu dengan saya... bak kata kak Azrina tadi...

"mesti anak2 sedara ko rindu ko sangat2 nanti kalau ko dapat pindab balik..."

berat hati nak berpisah dengan mereka2 yang sangat sayang dengan saya... kak Azrina, Kak Aini and Kak Noridah... mereka banyak meninggalkan kesan dalam hidup saya... 

tapi andai permohonan saya ditolak... sudah pasti yang paling patah hati adalah mak dan bapak... saya sendiri sebenarnya tidak tahu ayat bagaimanakah harus saya susun untuk memberitakan kepada mereka perkhabaran andai saya gagal... sebab saya tahu mereka begitu mengharap... sangat mengharap...

doa saya: ya Allah, berilah hamba kekuatan untuk menghadapi keputusan ini... berikanlah hamba kekuatan untuk redha bahawa keputusan ini adalah yang terbaik untuk hamba... ya Allah, hanya padaMu tempat hamba memohon dan bergantung harap...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: